MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Belanjawan 2023 Bagi Kumpulan B40 & M40

 


Berikut dibawah adalah antara manfaat Belanjawan 2023 bagi golongan B40 & M40.


Kumpulan B40

Pemberian subsidi bil elektrik sehingga 40 ringgit akan diperluas mengikut PGK Makanan iaitu isi rumah berpendapatan  1,169 ringgit ke bawah.


Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM akan terus ditambah baik. Dengan itu, untuk tahun hadapan:

 • Isi rumah berpendapatan bulanan kurang 2,500 ringgit dan menanggung lima orang anak atau lebih, layak menerima BKM sebanyak 2,500 ringgit. Ini ialah kategori baharu sebagai usaha Kerajaan meringankan beban keluarga yang menyara ramai anak. Bagi isi rumah sehingga empat orang anak pula, akan layak menerima BKM antara 1,000 hingga 2,000 ringgit.


 • Kepada isi rumah berpendapatan 2,500 hingga 5,000 ringgit,  BKM yang disediakan adalah antara 500 hingga 1,250 ringgit bergantung kepada bilangan anak. • Kepada warga emas tiada pasangan serta golongan bujang pula, mereka akan terus menerima BKM masing-masing sebanyak  600 dan 350 ringgit bergantung kepada had pendapatan tertentu.


  • Tahun 2023, bantuan tambahan 500 ringgit kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan akan diteruskan. Ini bermakna, ibu atau bapa tunggal layak menerima bantuan maksimum sehingga 3,000 ringgit. Kadar BKM maksimum ini meningkat berbanding 2,500 ringgit tahun ini. 



Kumpulan M40

Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara lebih 50 ribu hingga 100 ribu ringgit, iaitu: 

Pertama :  Banjaran pendapatan bercukai lebih 50 ribu hingga  70 ribu ringgit, kadarnya diturunkan daripada 13 peratus kepada 11 peratus; dan 

Kedua:  Banjaran pendapatan bercukai lebih 70 ribu hingga  100 ribu ringgit, kadarnya diturunkan daripada 21 peratus kepada 19 peratus. 


Inisiatif e-Pemula M40 akan dilaksanakan iaitu tawaran kredit e-dompet sebanyak 100 ringgit kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah 100 ribu ringgit. 



Sumber: https://budget.mof.gov.my/ms/bajet2023/ucapan/


Post a Comment

0 Comments