MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Ringkasan Initipati Belanjawan 2023



Ringkasan Initipati Belanjawan 2023

Belanjawan 2023 Keseluruhan RM372.3 bilion

 

Semua Penjawat Awam Gred 11 hingga 56 akan diberi kenaikan gaji RM100 pada 2023


Semua Penjawat Awam Gred 56 akan ditawarkan bantuan kewangan RM700


Bantuan Kewangan untuk Hari Raya Aidilfitri akan dinaikkan kepada RM600 dan dibayar menjelang Mac 2023.


RM500: Bayaran khas one-off KAFA, Takmir, Imam, Bilal, Siak, Noja & Marbut.


Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 untuk setiap murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.


Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Semenanjung Malaysia RM2.50 kepada RM3.50 manakala Sabah dan Sarawak RM3.00 kepada RM4.00


Pakej Remaja Keluaraga Malaysia – Pelan data internet RM30 untuk tempoh tiga (3) bulan dilanjutkan sehigga April 2023.


Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan menanggung lima (5) orang anak atau lebih, layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM2,500.00

Isi rumah berpendapatan 2,500 hingga 5,000 ringgit, BKM yang disediakan adalah antara 500 hingga 1,250 ringgit bergantung kepada bilangan anak.

Warga emas tiada pasangan serta golongan bujang pula, mereka akan terus menerima BKM masing-masing sebanyak 600 dan 350 ringgit bergantung kepada had pendapatan tertentu

Bantuan tambahan 500 ringgit kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan akan diteruskan. Ini bermakna, ibu atau bapa tunggal layak menerima bantuan maksimum sehingga 3,000 ringgit.


Di bawah inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia, ibu daripada isi rumah penerima BKM yang melahirkan anak pada tahun 2023 akan diberikan bantuan tunai one-off sebanyak RM500


E-Pemula akan diteruskan dengan menaikkan jumlah kredit kepada RM200


Inisiatif e-Pemula M40 akan dilaksanakan iaitu tawaran kredit e-dompet sebanyak 100 ringgit kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah 100 ribu ringgit.


Melanjutkan sehingga tahun taksiran 2024 pelepasan cukai sehingga 3,000 ringgit ke atas bayaran yuran TASKA dan TADIKA berdaftar.


Menyediakan insentif penggajian di bawah PERKESO kepada majikan yang menggaji belia berumur 18 hingga 30 tahun yang menganggur lebih daripada tiga bulan. Selain itu, insentif ini turut dipanjangkan kepada majikan yang mengambil graduan TVET.


Jumlah had pegangan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan ASB2 dinaikkan kepada 300 ribu ringgit berbanding 200 ribu ringgit.


Bermula tahun 2023, gaji MySTEP akan dinaikkan sebanyak 100 ringgit iaitu antara 1,500 hingga 2,100 ringgit berbanding 1,400 hingga 2,000 ringgit.


Kadar Elaun Sara Hidup tajaan JPA bagi pelajar dan pegawai dalam negara akan diseragamkan dan dinaikkan sebanyak 100 ringgit sebulan bagi semua peringkat pengajian menjadikan Elaun Sara Hidup tajaan JPA antara 730 hingga lebih 980 ringgit sebulan.


Menaikkan kadar pinjaman PTPTN serta menyediakan Pinjaman komputer untuk kumpulan M40 selain mengecualikan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua pelajar yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama.


Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2022 hingga 30 April 2023 dengan kadar yang berikut:

Pertama: Diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;

Kedua: Diskaun 15 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan

Ketiga: Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.


Meneruskan inisiatif pas bulanan My50


Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada pekebun kecil getah sebanyak 200 ringgit sebulan untuk tempoh empat bulan kepada 320 ribu pekebun kecil dengan peruntukan 256 juta ringgit. Ini bermakna pekebun kecil akan mendapat BMT sebanyak 800 ringgit berbanding 600 ringgit sebelum ini


Geran one-off sebanyak 1,000 ringgit kepada semua syarikat PMKS berdaftar dan pemandu teksi berdaftar.

 

Sumber:  https://budget.mof.gov.my/ms/bajet2023/ucapan/

Post a Comment

0 Comments