MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Aktiviti Pengimarahan Di Masjid Dan Surau Wilayah-Wilayah Persekutuan Dalam Fasa Endemik

 


Berkuat kuasa 1 April 2022 (Jumaat)


KETETAPAN TERKINI AKTIVITI PENGIMARAHAN Dl MASJID DAN SURAU WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN DALAM FASA ENDEMIK


i. Dibenarkan solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal atau saf dirapatkan.


ii. Jemaah digalakkan membawa dan menggunakan sejadah sendiri.


iii. Kehadiran ke masjid dan surau dibenarkan tanpa had umur kepada yang telah menerima vaksinasi Covid-19.  


iv. Masjid dan surau dibenarkan untuk melaksanakan Solat Sunat Tarawih 20 rakaat pada bulan Ramadan. Manakala Qiamullail dibenarkan untuk diadakan di masjid dan surau mulai tengah malam.


v. Majlis berbuka puasa, moreh dan sahur dibenarkan untuk diadakan di masjid dan surau dan makanan digalakkan untuk disediakan secara berbungkus.


vi. Dibenarkan aktiviti tadarus al-Quran di masjid dan surau serta boleh dilaksanakan pada mana-mana waktu yang bersesuaian dalam bentuk kumpulan kecil.



Sumber: Kenyataan Media JAWI bertarikh 17 Mac 2022


Post a Comment

0 Comments