MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Biodata Umar b Al-Khattab

 


Biodata

Nama: Umar b Al-Khattab b Nufail b Abdul Uzza b Ribaah

Nama Ibu: Hantamah bte Hasyim bin Al-Mughirah bin Abdillah  bin Umar bin Makhzum

Gelaran: Al-Faruq (Pemisah di antara yang hak/kebenaran dan yang batil)

Keturunan: Arab Quraisy (Kabilah Bani Adi)

Tempat Lahir: Kota Mekkah

Tarikh Lahir: 13 tahun selepas berlakunya peristiwa Abrahah (menurut Imam Nawawi)

Jawatan: Khalifah Ar-Rasyidin Kedua

Tarikh Lantikan: 634M

Tempoh Jawatan: 10 tahun

Tarikh Meninggal Dunia: 23H @ 644M

Umur: 63 tahun


Memeluk Islam

Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.


Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan rakannya Nu'aim bin 'Abdullah yang mengatakan bahawa beliau haruslah membetulkan adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.


Saidina Umar pergi ke rumah adiknya, Fatimah al Khattab serta suaminya dan mendapati mereka berdua dan Khabbab bin 'Aratt sedang membaca al-Quran daripada Surah Taha. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila mendengar ayat-ayat al-Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga.


Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Peristiwa ini terjadi pada bulan Zulhijjah tahun keenam kenabian.



Gambar: Pinterest

Post a Comment

1 Comments