MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Makna Banjir Kilat

 


Banjir kilat merujuk peningkatan aras air permukaan yang berlaku dengan cepat disebabkan curahan hujan yang lebat dalam satu tempoh masa yang singkat dan air surut dengan cepat selepas hujan berhenti.


Banjir kilat dikaitkan dengan kadar aliran permukaan yang banyak (run-off) disebabkan kadar susupan air oleh liang-liang pori tanah yang rendah. Ini disebabkan oleh permukaan tanah bandar diliputi oleh lapisan tar, aspalt, bitumen dan sebagainya.


Banjir kilat lazimnya berlaku di kawasan bandar yang mengalami proses urbanisasi yang pesat dan kekurangan litupan tumbuh-tumbuhan serta proses pengondolan pada kawasan tadahan hujan.


Berikut adalah negeri/ kawasan yang pernah terjadi banjir kilat pada tahun 2020 & 2021.


1. Banjir Kilat Di Pahang

2. Banjir Kilat Kuala Terengganu

3. Banjir Kilat Ipoh & Kinta Perak

4. Banjir Kilat Di Segambut dan Setiawangsa

5. Banjir Kilat Hulu Langat, Selangor

6. Kajang Dan Bangi, Selangor Dilanda Banjir Kilat

7. Kuala Lumpur Dilanda Banjir Kilat

8. Banjir Kilat Di Kota Kinabalu

9. Banjir Kilat Di Seremban, Negeri Sembilan



Sumber: Buku Akademik


Post a Comment

0 Comments