MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Aktiviti & Protokol Pendidikan Fasa 4 PPN

 


• Semua sekolah dan institusi pendidikan bawah KPM dan institusi pendidikan yang berdaftar bawah KPM dibuka dengan kemasukan murid/pelajar secara berperingkat tertakluk kepada ketetapan KPM dengan mengambil kira penilaian risiko oleh KKM dan MKN.

• Semua sekolah dan institusi pendidikan bawah KPM dan institusi pendidikan yang berdaftar bawah KPM perlu mematuhi garis panduan Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan.

• Pembukaan Sekolah Rendah :

i. Peringkat 1

a) Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) hadir tanpa penggiliran;

b) Murid prasekolah/tadika swasta hadir tanpa penggiliran; dan

c) Murid lain menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).


ii. Peringkat 2

a) MBK di SKPK dan PPKI hadir tanpa penggiliran;

b) Murid prasekolah/tadika swasta hadir tanpa penggiliran;

c) Murid Tahap 1 (Tahun 1, 2, 3) hadir secara penggiliran; dan

d) Murid Tahap 2 (Tahun 4, 5, 6) menjalankan PdPR.


iii. Peringkat 3

a) MBK di SKPK dan PPKI hadir tanpa penggiliran;

b) Murid prasekolah/tadika swasta hadir tanpa penggiliran;

c) Murid Tahap 1 (Tahun 1, 2, 3) hadir secara penggiliran; dan

d) Murid Tahap 2 (Tahun 4, 5, 6) hadir secara penggiliran.


 • Pembukaan Sekolah Menengah :

i. Peringkat 1

a) Murid Tingkatan 6 Semester 2, International Baccalaureate Diploma (IBD) Tahun 2 dan Program Pra Universiti Semester 3 di Sekolah Sukan Malaysia (SSM) hadir tanpa penggiliran;

b) MBK di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK)/Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) dan PPKI hadir tanpa penggiliran;

c) Murid kelas peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di sekolah asrama sepenuhnya di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Berasrama Penuh, Sekolah Seni dan Sekolah Sukan hadir tanpa penggiliran;

d) Murid kelas peperiksaan antarabangsa International General Certificate For Secondary Education (IGCSE) O-Level, A-Level, dan Australia Higher School Certificate dan International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP) hadir tanpa penggiliran;

e) Murid kelas peperiksaan awam SPM, STAM, SVM dan STPM di sekolah harian/swasta hadir secara penggiliran;

f) Murid kelas peperiksaan antarabangsa yang lain hadir secara penggiliran; dan

g) Murid lain menjalankan PdPR.


 • Pembukaan Sekolah Menengah :

ii. Peringkat 2

a) Murid Tingkatan 6 Semester 2, IBD Tahun 2 dan Program Pra Universiti di SSM

hadir tanpa penggiliran;

b) MBK di SMKPK/SMPKV dan PPKI hadir tanpa penggiliran;

c) Murid kelas peperiksaan awam SPM, STAM, SVM dan STPM, Tingkatan 3 &

Tingkatan 4 di sekolah asrama sepenuhnya di SBP, SMKA/SABK Berasrama

Penuh, Sekolah Seni dan Sekolah Sukan hadir tanpa penggiliran;

d) Murid kelas peperiksaan antarabangsa IGCSE O-Level, A-Level, dan Australia

Higher School Certificate dan IBDP hadir tanpa penggiliran;

e) Murid kelas peperiksaan antarabangsa yang lain hadir secara penggiliran;

f) Murid kelas peperiksaan awam SPM, STAM, SVM dan STPM, Tingkatan 3 &

Tingkatan 4 di sekolah harian/swasta hadir secara penggiliran; dan

g) Murid Kelas Peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 menjalankan PdPR.


iii. Peringkat 3

a) Murid IBD Tahun 2 dan Program Pra Universiti Semester 3 di SSM hadir tanpa

penggiliran;

b) MBK di SMKPK/SMPKV dan PPKI hadir tanpa penggiliran;

c) Semua murid di sekolah asrama sepenuhnya di SBP, SMKA/SABK Berasrama Penuh, Sekolah Seni dan Sekolah Sukan hadir tanpa penggiliran; dan

d) Murid lain termasuk murid di sekolah swasta, sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat hadir secara penggiliran.


 • Semua pelajar kolej matrikulasi Sistem Dua Semester dan Sistem Empat Semester (Sem. III) akan mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di kolej manakala pelajar Sistem Empat Semester (Sem. I) mengikuti PdP di kolej/ PdPR.

• Semua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) kembali ke kampus secara berperingkat bermula 7 November 2021 bagi IPG di negeri Kumpulan A dan 8 November 2021 bagi negeri Kumpulan B.

• Semua aktiviti PdP secara bersemuka/berkumpulan/berkelompok adalah dibenarkan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.


Merentas Negeri

• Murid/Pelajar yang terlibat dibenarkan merentasi negeri untuk ke sekolah/institusi pendidikan dengan menggunakan surat pengesahan daripada KPM, MARA atau Kementerian/Agensi yang berkenaan.

• Pergerakan pergi dan balik ke sekolah/institusi pendidikan bagi murid/pelajar yang terlibat boleh ditemani oleh seorang penjaga.

• Pergerakan guru/pensyarah atau tenaga pengajar ke sekolah/institusi pendidikan untuk tujuan merentas negeri bagi melaksanakan PdP dibenarkan dengan surat pengesahan daripada sekolah/institusi pendidikan bawah KPM/MARA atau kementerian/agensi yang berkaitan.

• Murid/Pelajar yang merentas negeri daripada Semenanjung Malaysia ke Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan atau sebaliknya perlu mematuhi peraturan yang berkaitan saringan COVID-19 dan kuarantin yang dilaksanakan.



Kawalan Pergerakan Murid/Pelajar Kembali ke Asrama

• Pergerakan bagi kemasukan murid/pelajar ke asrama adalah dibenarkan dengan menggunakan surat pengesahan daripada KPM/MARA atau kementerian/agensi yang berkaitan untuk tujuan merentas negeri.

• Murid/Pelajar di asrama perlu melaksanakan Ujian Kit Kendiri COVID-19 sebanyak tiga (3) kali, iaitu sebelum pendaftaran masuk, hari keenam dan hari keempat belas di asrama.

• Pelajar IPG digalakkan untuk melaksanakan Ujian Kit Kendiri COVID-19 sehari sebelum kembali ke IPG atau melaksanakan ujian calitan di fasiliti kesihatan dan memaklumkan kepada pihak IPG keputusan ujian tersebut.

• Sektor latihan kemahiran dan pusat latihan industri termasuk kolej vokasional, TVET dan sebagainya dibenarkan beroperasi.

• Sekolah selain di bawah KPM, pusat tahfiz dan institusi-institusi pendidikan lain adalah tertakluk kepada Kementerian/Agensi yang berkaitan.

• Semua IPT di bawah kawal selia KPT dibuka secara berperingkat kepada pelajar yang telah lengkap vaksin dan melepasi tempoh keberkesanan selepas lengkap vaksinasi, namun kemasukan sebenar adalah tertakluk kepada kapasiti IPT.

• Semua sektor latihan kemahiran, pusat latihan industri termasuk kolej vokasional, sekolah selain di bawah KPM, pusat tahfiz dan institusi-institusi pendidikan lain dan semua IPT di bawah kawal selia KPT perlu mematuhi garis panduan Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan.

• Semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di IPT secara bersemuka/berkumpulan/berkelompok adalah dibenarkan bagi pelajar yang telah lengkap vaksinasi dan melepasi tempoh keberkesanan selepas divaksinasi dengan mematuhi SOP yang ketat. Mod PdP secara hibrid akan dilaksanakan bagi pelajar yang berada di kampus. Mod PdP secara dalam talian akan diteruskan bagi pelajar yang belum kembali ke kampus.

• Peperiksaan antarabangsa dan badan profesional serta aktiviti penyelidikan yang memerlukan kemudahan makmal di IPT dibenarkan mengikut SOP IPT berkenaan dan pergerakan perlu disertai dengan pengesahan oleh IPT berkaitan.

• Pelajar yang berada di asrama, universiti atau institusi pendidikan dibenarkan untuk berada di asrama, universiti atau institusi pendidikan tersebut dan meneruskan pembelajaran secara hibrid.




Sumber: Pelan Pemulihan Negara (PPN) SOO Fasa 4 Tarikh Kemas Kini 7 November 2021.

Gambar: Pinterest

Post a Comment

0 Comments