MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

SOP Dine-in Fasa 3

 


Dine-in

Pengusaha restoran termasuk di hotel, rumah kelab sukan dan rekreasi, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan dan kiosk dibenarkan menyediakan perkhidmatan dine-in dengan mematuhi syarat berikut:


➢ Hanya menerima pelanggan yang telah lengkap divaksin dan tidak bergejala

➢ Pemilik premis perniagaan MESTI memaparkan notis penerimaan pelanggan yang telah lengkap divaksin dan tidak bergejala sahaja di pintu masuk premis.

➢ Pekerja yang telah menerima vaksin dos lengkap dan tidak bergejala sahaja dibenarkan bekerja.

➢ Pemilik premis perniagaan perlu memastikan susun atur meja mengikut penjarakan dan premis mempunyai sistem pengudaraan (ventilation) yang baik.

➢ Aktiviti dine-in dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter tertakluk kepada SOP KPDNHEP PPN Fasa 3 - Perdagangan Pengedaran.


Bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 18 tahun ke bawah untuk dine-in di premis tersebut dengan mematuhi protokol kesihatan umum.




Sumber:  Pelan Pemulihan Negara (PPN) SOP Fasa 3 Tarikh Kemas Kini 4 Oktober 2021.

Post a Comment

0 Comments