MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Keistimewaan Solat Subuh

 


Subuh solat paling banyak keistimewaan tapi paling ramai susah nak buat. Sayangnya..


Sabda Rasulullah saw, 


''Ya Allah berkahilah umatku selama mereka senang bangun Subuh.'' 

(HR Tirmizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)


Maksud berkahilah di sini ialah berkat atau barokah.


Mendapat keberkatan dari Allah swt bermaksud mendapat manfaat kebaikan yang sangat banyak dan melimpah ruah dalam hidup.


Pasti ada banyak keistimewaan solat subuh atau bangunn subuh ni sampaikan Nabi pun doa khas untuk waktu subuh.


Sayang sungguh la kalau kita tak manfaatkan bangun di awal pagi ni.


‎أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِدُلُوكِ ٱلشَّمْسِ إِلَىٰ غَسَقِ ٱلَّيْلِ وَقُرْءَانَ ٱلْفَجْرِ ۖ إِنَّ قُرْءَانَ ٱلْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا 


“Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya)”


[ Al-Israa 17:78 ]


Dalam Quran pun ada di sebut bahawa solat subuh itu adalah disaksikan keistimewaannya.


Ini antara keistimewaan solat subuh :


1. Pahala solat satu malam penuh.


Rasulullah saw bersabda,


''Barangsiapa yang solat Isya berjemaah maka seakan-akan dia telah solat setengah malam. Dan barangsiapa solat Subuh berjemaah, maka seakan-akan dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.'' (Hadits riwayat Muslim)


2. Sumber cahaya di hari kiamat 


“Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak.”

(Hadith riwayat Abu Daud dan al-Tirmidzi)


Solat Subuh sumber cahaya di hari kiamat kelak.


3. Dapat jaminan syurga


Rasulullah saw bersabda: 


''Barangsiapa yang solat dua waktu yang dingin maka akan masuk surga.'' (HR Al Bukhari). 


Dua waktu yang dingin itu adalah Subuh dan Asar.


4.  Di jauhkan sifat munafik


Rasulullah SAW bersabda: "Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh." (Riwayat Ahmad)


5. Berada di bawah lindungan Allah swt


Rasulullah saw bersabda: 


''Barangsiapa yang menunaikan solat Subuh maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka jangan cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barangsiapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah akan menuntutnya, sehingga Ia akan membenamkan mukanya ke dalam neraka” 

(HR Muslim, at-Tirmizi dan Ibnu Majah). 


6. Mendapat pahala haji dan umrah


Diriwayatkan daripada Anas r.a. katanya: 


“Sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, kemudian dia duduk mengingati Allah swt sehingga terbit matahari, kemudian dia mengerjakan solat sebanyak dua rakaat, dia akan mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah”


7. Waktu bersendirian dengan Allah swt


Sabda Rasulullah saw, 


“Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” 

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Begitulah, 


Solat paling sedikit rakaat, paling senang buat dan paling tak sibuk waktunya tapi terlalu banyak manfaat dan keistimewaannya.


Maka tersangat rugilah buat mereka yang liat nak bangun subuh.


Wallahu A’lam,





Post a Comment

0 Comments