MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Bilangan Jemaah Solat Jumaat & Solat Fardu Di Negeri Sabah Fasa 2 PPN




Kerajaan bersetuju untuk menambah bilangan Jemaah Solat Jumaat dan solat fardu di masjid dan surau serta aktiviti-aktiviti keagamaan yang lain seperti berikut:

 

Solat Jumaat dan Bilangan Jemaah

Masjid Utama: 300 orang

Masjid Kariah: 200 orang

Surau: 50 orang

 

Solat Fardu dan Bilangan Jemaah

Masjid Utama: 150 orang

Masjid Kariah: 50 orang

Surau: 50 orang

 

Aktiviti-aktiviti lain yang DIBENARKAN merangkumi kuliah Maghrib iaitu tempoh masa antara waktu maghrib dan isyak. Selain itu, Solat Jenazah dengan bilangan Jemaah seperti Solat Jumaat dan solat lima waktu. Turut dibenarkan, pengurusan jenazah dengan jumlah 20 orang, di samping ziarah kubur juga jumlah 20 orang. Bagi majlis akad nikah di masjid/surau, bilangan yang dibenarkan ialah 20 orang di dewan/ bilik khas tertakluk mengikut keluasan dan kebenaran Jawatankuasa.

 

Takrifan masjid utama ialah Masjid Negeri Sabah, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu , Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang dan semua Masjid-Masjid Daerah.

 

Sumber: Kenyataan Media Harian Kerajaan Negeri Sabah pada 17 September 2021.

 


Had Jemaah Solat Jumaat, Solat Fardhu & Aktiviti Keagamaan Di Masjid & Surau Di Wilayah - Wilayah Persekutuan Dalam Tempoh PPN

 

Post a Comment

0 Comments