MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Maksud Sanah Helwah



Penggunaan perkataan dan sebutan Sanah Helwah kerap digunakan bagi mengucapkan selamat hari lahir (happy birthday) kepada seseorang terutamanya keluarga, adik-beradik, sahabat handai, rakan kerja dan rakan kenalan melalui media sosial dan sebagainya.

 

Perkataan dan sebutan Sanah Helwah ini sering diucapkan oleh orang melayu di nusantara dan penganut agama Islam kerana perkataan ini diambil dari Bahasa Arab yang membawa maksud:-

 

“Selamat Hari Lahir” atau “Selamat Hari Jadi” atau dalam Bahasa Inggeris/English “Happy Birthday”

 

Berikut di bawah contoh perkataan yang menggunakan Sanah Helwah

Sanah helwah ya abi (ayah, bapa)

sanah helwah ya ummi (ibu, emak)

Sanah helwah ya adikku

Sanah helwah ya abangku

Sanah helwah ya ukhti (kakak/adik perempuan)

Sanah helwah ya ustaz

Sanah helwah ya sahabat

 

Sanah helwah. Sakinah Mawaddah Barakah Warahmah

(Selamat hari lahir. Semoga beroleh ketenangan, kasih sayang, keberkatan dan belas kasihan)

 

Sanah helwah. Uhibbuki Fillah

(Selamat hari lahir. Sayang awak kerana Allah)

 

Sanah helwah. Barakallah Fi Umrik

(Selamat hari lahir. Semoga mendapat berkah dari Allah dalam usiamu)

 



MyWilayah.com

Post a Comment

0 Comments