MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Amanat Syeikh Abdullah Fahim



Abdullah Fahim dikenali juga sebagai Syeikh Abdullah Fahim atau nama penuh beliau Tuan Guru Haji Abdullah II bin Haji Ibrahim Ahmad bin Haji Abdullah I (1870 – 28 April 1961) merupakan seorang cendekiawan Islam dan juga ahli astronomi (falak). Beliau merupakan datuk kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dan bapa kepada Haji Ahmad Badawi bin Haji Abdullah Fahim.



Syeikh Abdullah Fahim menjadi terkenal sebagai ulama masyhur di serantau pada masa itu. Tunku Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin Melayu lain sering mendapat nasihatnya dalam usaha mereka mendapat kemerdekaan. Beliaulah yang menasihati Tunku supaya bekerjasama dengan pemimpin kaum lain supaya penjajah British bersetuju memberi kemerdekaan. Abdullah Fahim juga mencadangkan 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan selepas membuat pengiraan hisab berdasarkan takwim Hijrah.


Berikut adalah amanat Syeikh Abdullah Fahim:-


1. Apabila kita dah merdeka jangan ada pemimpin yang ambil kesempatan buat kekayaan di atas belakang rakyat.


2. Orang Melayu wajib berjuang kerana bangsa tapi kebangsaan tak boleh tolak Islam.


3. Orang Islam perlu memperbaiki perselisihan sesama mereka dan setelah berdamai diharapkan berkekalan. Inilah satu-satunya senjata yang boleh menguatkan kedudukan orang Islam dan orang Melayu.


4. Kalau orang Melayu beragama Islam mengkhianati bangsa, negara dan agama, Allah akan gantikan bangsa lain yang beragama Islam  menjaga tanah air kita.


5. Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat yang baik, sentiasa dalam keredhaan Allah. Sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai oleh Allah. Akhirnya menjadi hina.




Sumber/Kredit: Wikipedia & @pemudapasmalaysia_official

Post a Comment

0 Comments