MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kemudahan Bagi Individu Vaksinasi Lengkap




Perdana Menteri telah umum kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dan kemudahan ini akan berkuatkuasa bermula 10 Ogos 2021.


Seseorang individu hanya akan diiktiraf sebagai Iindividu yang telah lengkap vaksinasinya apabila telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:


a. Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua.


b. Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Johnson & Johnson dan CanSino), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.


Berikut dikongsikan intipati ringkas kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.



Kemudahan KUARANTIN dan PERJALANAN untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap di seluruh negara dan terpakai ke atas semua fasa di dalam Pelan Pemulihan Negara.


a. Kemudahan-kemudahan yang dimaksud secara amnya adalah seperti 
berikut:

i. Pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia (termasuk PR dan Malaysia MY Second Home) yang pulang atau tiba dari luar negara dan telah mendapat vaksin dos lengkap, DIBENARKAN menjalani kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) digital.


ii. Pasangan suami isteri jarak jauh yang telah mendapat vaksin dos lengkap dibenarkan rentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.


iii. Ibu bapa yang telah mendapat vaksin dos lengkap dibenarkan merentas daerah dan negeri untuk berjumpa anak di bawah umur 18 tahun.



Aktiviti solat sahaja DIBENARKAN di masjid dan surau bagi Jemaah yang telah menerima vaksinasi lengkap. 

a. Pihak masjid dan surau perlu pastikan SOP berkaitan protokol kesihatan awam seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan juga pastikan jemaah terus pulang setelah selesai solat.


b. Jemaah yang hadir untuk menunaikan solat MESTI menunjukkan kepada petugas masjid dan surau sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.


c. Kemudahan ini juga diberikan kepada penganut bukan Islam untuk menghadiri rumah-rumah ibadat.


d. Pelaksanaan kemudahan ini adalah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Kementerian Perpaduan Negara bagi Rumah Ibadat Selain Islam.



Kemudahan-kemudahan bagi SEKTOR SOSIAL kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dan menetap di negeri-negeri dalam Fasa 2 dan seterusnya.


Kemudahan-kemudahan tersebut secara amnya adalah seperti berikut:


a. Rentas daerah DIBENARKAN

i. Individu yang ingin melakukan perjalanan rentas daerah MESTI menunjukkan kepada petugas keselamatan di sekatan jalan raya sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.


b. Aktiviti dine-In DIBENARKAN

Dine-in apabila perlu sahaja dan tidak meluangkan masa yang terlalu lama. 

Pilih premis yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan terbuka.

Pengusaha-pengusaha premis kedai makan menyediakan lebih banyak ruang tempat makan di bahagian luar premis bagi pengudaraan yang lebih 
baik. 

Pemilik premis kedai makan perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

Bagi pasangan yang telah menerima vaksinasi lengkap dan ingin membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah untuk dine-in di premis kedai makan, pastikan anak-anak anda mematuhi SOP yang ketat.




Aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) DIBENARKAN.


i. Dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka (outdoor) termasuk separa terbuka bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.


ii. Aktiviti dine-in di restoran atau kafe di premis club house adalah DIBENARKAN selaras dengan kebenaran dine-in


iii. Operasi bilik persalinan atau bilik mandi di premis club house adalah TIDAK DIBENARKAN. 


iv. Aktiviti yang dibenarkan adalah seperti jogging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya.



Aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama DIBENARKAN melibatkan homestay dan hotel.


i. Pengusaha homestay dan hotel perlu pastikan mereka yang ingin memasuki premis MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap. 



Perincian bagi kemudahan-kemudahan yang baru akan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam waktu yang terdekat.


Kemudahan-kemudahan SEKTOR EKONOMI sedang dibincang dan dipertimbangkan di peringkat Sidang Khas MKN dan akan diumumkan dalam 
waktu terdekat.



Sumber: TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI KEMUDAHAN-KEMUDAHAN BAGI INDIVIDU YANG TELAH MENERIMA VAKSINASI LENGKAP

Post a Comment

0 Comments