MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penjana Kerjaya 2.0

 


Dalam suasana ekonomi sekarang, peluang pekerjaan memang sangat dicari-cari. Di bawah seliaan Majlis Pekerjaan Negara (NEC), Kerajaan telah memperkenalkan inisiatif Penjana Kerjaya 2.0 bagi mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat, khususnya golongan belia graduan dan yang menganggur, selain dari pencari kerja dari pelbagai lapisan umur dan latar belakang.⠀

APA ITU PENJANA KERJAYA 2.0?⠀

✅ Sebuah inisiatif penjanaan pekerjaan yang dikelolakan oleh PERKESO buat pencari kerja dalam kalangan graduan dan penganggur, selain dari program perantisan buat belia lepasan SPM.⠀



✅ PENJANA KERJAYA 2.0 menjana pekerjaan melalui insentif gaji sehingga 60% untuk sehingga 6 bulan kepada majikan yang:⠀

1. Berdaftar dengan Program PENJANA KERJAYA 2.0⠀

2. Mengambil pekerja berdasarkan kriteria yang ditetapkan⠀

✅ Setakat ini PERKESO telah berjaya menempatkan 114,137 pencari kerja dengan 95.4% daripada mereka terdiri dari pemohon Penjana Kerjaya.⠀



BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR? ⠀

✅ Pencari Kerja boleh memohon pekerjaan melalui portal ⠀

www.myfuturejobs.gov.my⠀

✅ Majikan boleh mendaftar untuk mendapatkan insentif gaji melalui https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my dan mengiklankan  pengambilan pekerjaan melalui www.myfuturejobs.gov.my⠀

Tarik tutup bagi pendaftaran majikan adalah pada 30 Jun 2021. Bagi majikan yang belum mendaftar, lekaslah mendaftar dan ambil peluang ini.


#penjanakerjaya #Belanjawan2021 #PEMERKASA



Sumber/Kredit: Menteri Kewangan Malaysia (@Tengku Zafrul)


Post a Comment

0 Comments