MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Moratorium Selama 6 Bulan PEMULIH

 


Kemudahan Moratorium Selama 6 Bulan diberikan kepada semua peminjam individu tanpa syarat bagi golongan B40, M40, T20 & Usahawan Mikro.



Permohonan akan dibuka mulai 7 Julai 2021 dan kelulusan akan diberikan secara automatik.


Cara Memohon Moratorium

 1. Borang Web & E-mel


Layari laman web bank anda/tempat membuat pinjaman.


Klik pada borang Web.


Isi butiran peribadi dan pembiayaan anda.


Tandakan pada kotak syarat bantuan bayaran balik pinjaman.


Klik " hantar" dan bank akan mengesahkan penerimaan.



2. Panggilan Telefon

Hubungi pusat khidmat pelanggan bank anda.


Panggilan anda akan dilayan dan operator akan membimbing anda sepanjang proses permohonan.


Kelulusan Secara Automatik


Peminjam yang layak* akan menerima pengesahan dalam tempoh 5 hari bagi peminjam individu dan 14 hari bagi peminjam PKS.


*Peminjam yang tidak mempunyai tunggakan bayaran ansuran selama lebih 90 hari, dan tidak menghadapi proses kebankrapan atau penggulungan (winding up).

 


Sumber: Pengumuman Khas PEMULIH oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Pada 28 Jun 2021 & BNM.


Infografik: BNM & PEMULIH


Post a Comment

0 Comments