MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Doa Dipertemukan Dengan Laitul Qadar

 


Doa Dipertemukan Dengan Lailatul Qadar


Maksudnya: Ya Allah, rezekikan kami Lailatul Qadar pada tahun ini dan juga pada setiap tahun. Dan bantulah kami untuk menghidupkan dan membangunkan malamnya dengan RahmatMu, Wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Lailatul Qadar termasuk waktu yang mustajab untuk berdoa oleh kerana itu setiap Muslim boleh membaca doa apapun untuk kebaikan dunia dan akhiratnya. Dan doa Aisyah adalah doa yang terbaik, kerana doa ini diajarkan oleh Nabi Muhammad ﷺ buat isterinya tercinta Sayyidatina Aisyah binti Abu Bakr radhiallahu ‘anha. Oleh kerana itu, doa ini dianjurkan untuk dibaca berulang-ulang.


Dalam satu riwayat disebutkan bahawa Saiditina Aisyah R.A pernah bertanya kepada Rasulullah ﷺ tentang amalan di dalam mencari Lalilatul Qadar. Kata Aisyah, “Wahai Rasulullah sekiranya aku mendapat lailatul qadar, apakah yang patut ku baca? Lalu Baginda bersabda : Katakanlah Wahai Aisyah dengan mengatakan, “Ya Allah! Engkaulah Tuhan yang Maha Agung, ampunilah aku. Dengan kemurahan dan belas kasihan, ampunilah aku”.




Post a Comment

0 Comments