MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Mintalah Pertolongan Dengan Solat & Sabar

 


وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَ


Maksudnya: Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

(Al Baqarah ayat 45)



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ


Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan sembahyang sebagai penolongmu sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.

(Al Baqarah ayat 153)


Perkataan sembahyang juga dikenali dengan perkataan solat. Maksud yang sama perkataan sahaja yang berbeza.


Definisi (الصلاة) dari sudut bahasa (literal) dan istilah (technical). Perkataan “solat ” adalah diambil dari bahasa Arab. Ia adalah kata nama terbitan (masdar) dari kata kerja (fi’l) ; solla (صلّى), yusolli (يصلّي), solatan (صلاة) yang memberi maksud doa, istighfar, keampunan, kasih sayang, Islam dan agama. (Lihat al-Mu’jam al-Arabi al-Asasi, 1/746)


Sabar ertinya tahan menempuh sesuatu yang sukar. Sabar yang terpuji adalah sabar atas mengerjakan taat kepada Allah SWT, menjauhi segala maksiat yang dilarang-Nya dan sabar atas segala takdir-Nya. Tetapi di antara sifat sabar itu, terdapat sifat sabar kerana mengerjakan taat dan meninggalkan maksiat adalah sabar yang lebih utama, lebih utama dari sabar atas segala takdir yang amat susah dan menggelisahkan perasaan.


Firman Allah :

.........         هو الرحمن الرحيم

Maksudnya : …….. Dialah yang Maha pemurah lagi maha penyayang.


Gambar: Pinterest

Post a Comment

1 Comments