MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Masa Operasi Perniagaan Semasa PKP Di Daerah Nabawan



Kegiatan berkaitan sektor ekonomi perkhidmatan perlu (essential services) dan rantaiannya merangkumi pertanian, perikanan, penternakan, perladangan, industri dan  perniagaan adalah DIBENARKAN beroperasi dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.


Aktiviti pembekalan atau penjualan makanan di restoran, café, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja dan  medan selera hanya DIBENARKAN beroperasi secara bawa pulang (takeaway) atau pandu lalu sahaja bermula dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam. Dine in TIDAK DIBENARKAN.


Perkhidmatan penghantaran (delivery) makanan DIBENARKAN beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam.


Kedai runcit, kedai serbaneka (convenience store), pasaraya mini (mini market) dan pasaraya (hypermarket) DIBENARKAN beroperasi antara jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam.


Stesen minyak DIBENARKAN beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam.


Pasar borong DIBENARKAN beroperasi dari jam 12.01 pagi hingga 6.00 pagi.


Pasar harian DIBENARKAN beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 2.00 petang.


Operasi pasar malam, pasar tamu dan pasar tani adalah TIDAK DIBENARKAN.


Operasi hotel dan penginapan DIBENARKAN tetapi tetamu perlu berada dalam bilik penginapan dan tempahan makanan secara room service. Aktiviti seperti penggunaan kemudahan penginapan seperti gimnasium, kolam renang, dewan makan, bilik seminar dan lain-lain tidak dibenarkan.


Taska, tadika dan pusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar DIBENARKAN beroperasi.


Aktiviti beriadah dengan anggota isi rumah sahaja DIBENARKAN seperti jogging tidak lebih daripada dua (2) orang hanya di dalam kawasan kejiranan sahaja dan berbasikal secara bersendirian tidak melebihi 10 km dari tempat kediaman adalah DIBENARKAN.


Hospital, klinik Kerajaan / swasta dan makmal perubatan serta klinik haiwan boleh beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran beroperasi.


Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan boleh beroperasi mulai jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam.



Sumber: MKN SOP PKP Bagi Seluruh Daerah Nabawan Dikemaskini pada 16 Mac 2021


Post a Comment

0 Comments