MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Man jadda wajada



Peribahasa arab di antara sering didengari "Man Jadda Wajada". Dalam ruangan ini dikongsikan sedikit disebalik peribahasa tersebut.


Man jadda wajada terdiri dari tiga kata, yaitu man yang berarti “siapa”, jadda yang berarti “bersungguh-sungguh” dan wajada yang bererti “dapat.” 



"Siapa yang bersungguh-sungguh maka ia akan dapat."

Juga sama ayat seperti di bawah, walaupun ayat berbeza tetapi maknanya tetap sama.

"Siapa yang bersungguh-sungguh akan berhasil"



Sekiranya makna peribahasa ini diterjemaahkan atau diimplementasikan dalam kehidupan dan pekerjaan Insya-Allah sesuatu yang diusahkan akan beroleh kejayaan ataupun yang diingini berpaksikan nilai ketaatan kepada Allah SWT.


Contohnya dalam pelajaran seseorang yang ingin berjaya dan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan memerlukan usaha bersungguh-sungguh seperti membuat ulangkaji pelajaran, bertanyakan guru sekiranya ingin kefahaman yang mendalam, belajar secara berkumpulan dan perbincangan, belajar secara berjadual, mengikuti kelas tambahan/tuisyen sekiranya mampu, menjawab soalan-soalan peperiksaan sebelum ini dan pelbagai lagi.


Namun usaha yang bersungguh-sungguh perlulah seiring dengan doa agar bantuan Allah SWT sentiasa bersama dalam setiap perlakuan dan urusan.


Perkara yang sama juga dalam perkerjaan siapa yang bersungguh-sungguh maka ia akan dapat seiring dengan ketaatan kepada Allah SWT.



Kredit Gambar: Pinterest

Post a Comment

0 Comments