MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Status Halal Minyak Masak Dan Sardin

 


🌺FAQ HALAL🌺


STATUS HALAL MINYAK MASAK DAN SARDIN


Soalan:-


Adakah minyak masak keluaran syarikat Perniagaan Minyak Masak Soon Hock Hin Sdn Bhd dan sardin keluaran syarikat Raoping Tengyue Foodstuff Co., Ltd. memiliki pengesahan halal? 


Jawapan:-


Untuk makluman, berdasarkan semakan kami terhadap produk Minyak Masak keluaran syarikat Perniagaan Minyak Masak Soon Hock Hin Sdn Bhd, ianya merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah.


Berhubung status halal produk sardin keluaran syarikat Raoping Tengyue Foodstuff Co., Ltd., ianya merupakan pemegang sijil halal Shandong Halal Certification Service (SHC) dan merupakan salah satu badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di negara China.


Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.


Ia bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.


Untuk mengetahui logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my


Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM juga boleh didapati di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:-


Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal, JAKIM


Ketahui pelbagai persoalan semasa dan status halal produk yang sering menjadi pertanyaan dalam kalangan pengguna di:-


Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal, JAKIM


YakiniHalalMalaysia

SemakSebelumSebar

MusaadahCovid19

AgainstCovid19


Post a Comment

0 Comments