MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Cara Membuat Tuntutan MySalam Covid-19

 


Bagi individu yang telah diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalani kuarantin disebabkan Covid-19 di rumah khas B40 yang layak dan dilindungi oleh mySalam berdasarkan kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)  anda boleh membuat tuntutan sehari (RM50) sehingga maksimum 14 hari (RM700)


Sebelum anda membuat permohonan tuntutan sila Semak kelayakan mySalam anda.


Berikut dikongsikan Proses Tuntutan mySalam Covid-19 atau Cara Membuat Tuntutan MySalam Covid-19:-


Pastikan anda mempunyai akaun mySalam

1. Klik tuntutan seterusnya Penyerahan Tuntutan


2. Klik Tuntutan Hospitalisasi bagi:-

i. Pesakit Positif Covid-19 

ii. Disyaki Covid-19 & ditahan di pusat kuarantin KKM atau

iii. Disyaki Covid-19 & diarahkan KKM kuarantin di kediaman sendiri


3. Isi butiran:-

i. Tarikh masuk wad/mula kuarantin

ii. Tarikh keluar wad/tamat kuarantin

iii. Nama hospital/premis bukan hospital ( bagi kes kuarantin)


4. Muatnaik dokumen

i. Kad Pengenalan (KP) muka depan & belakang

ii. Nota discaj (kemasukan wad sahaja) atau

iii. Surat perintah kuarantin KKM (kes kuarantin sahaja) 

Seterusnya klik Lampirkan 


5. Klik hantar dan klik saya setuju seterusnya permohonan anda akan diproses


6. Status tuntutan berkaitan Covid-19 akan dikemaskini secara automatik setelah tuntutan disahkan oleh penilai KKM.


7. Semakan status tuntutan boleh disemak melalui laman sesawang mySalam


Sebarang pertanyaan dan info lanjut boleh hubungi di talian 1300 888 938 atau email kepada info@mysalam.com.my


Sumber: mySalam


Post a Comment

0 Comments