MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penjelasan Status Halal Produk Sejuk Beku Jenama Li Chuan Golden Summit

 


PENJELASAN STATUS HALAL PRODUK SEJUK BEKU JENAMA LI CHUAN GOLDEN SUMMIT


Sejak beberapa hari yang lalu, kami menerima banyak pertanyaan mengenai keputusan analisis produk-produk jenama Li Chuan Golden Summit yang telah disahkan mengandungi DNA Khinzir, iaitu Bebola Ikan (Fish Ball) dikeluarkan oleh Li Chuan Food Products Pte Ltd dan Bebola Sotong (Cuttlefish Ball) iaitu produk Li Chuan Food Products Pte Ltd yang dibungkus semula oleh sebuah syarikat di negara Brunei Darussalam. 


Untuk makluman, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) telah mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini yang boleh dicapai melalui laman sesawang  Majlis Ugama Islam Singapura. MUIS juga telah mengedar surat pekeliling kepada pemegang sijil pengesahan halal MUIS untuk menghentikan penggunaan kedua-dua produk terbabit serta-merta.


Berdasarkan pertanyaan yang diterima, kami juga mendapati pengguna media sosial telah menularkan produk jenama lain yang tiada kaitan dengan jenama Li Chuan. Syarikat terbabit telah membuat penjelasan di :  Facebook Rasmi Halal Member's Programme


Maklum balas yang diperolehi daripada MUIS mengesahkan bahawa kedua-dua produk yang dihasilkan oleh kilang milik Li Chuan Food Products Pte Ltd di Singapura (tidak dieksport ke Malaysia). Manakala, produk Li Chuan Fishball dan Li Chuan Cuttlefish Ball yang dipasarkan di Malaysia adalah dihasilkan di Vietnam dan memilik sijil halal daripada Majelis Ulama Indonesia (MUI).


Justeru, pengguna dinasihatkan agar lebih berwaspada dan merujuk JAKIM terlebih dahulu untuk mendapatkan penjelasan yang tepat berkenaan isu-isu halal menular di luar sana.


Untuk mengetahui status halal produk atau premis makanan yang telah dipersijilkan halal, layari direktori halal di www.halal.gov.my atau semak di aplikasi telefon pintar SmartHalal.


Sebarang kemusykilan, ikuti penjelasan kami di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:-


http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular


Harap maklum dan terima kasih


Seksyen Komunikasi Korporat

Bahagian Pengurusan Halal,

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

📧pr_halal.islam@1govuc.gov.my

📞 03-88925000/1


Berkaitan: Aplikasi SmartHalal


Post a Comment

0 Comments