MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

4 Buah Kampung Mengucap Syahadah



Menangis bahagia sangat di Semporna 2hari disini dapat 490 orang masuk Islam mengucap syahadah dari 4 buah kampung. Syukur dapat mengajar mereka syahadah. Niat kerana dengar orang memerlukan bekalan makanan terus ke kawasan Bajau Laut yang tiada negara. 


Melihat hidup mereka hidup atas air. Ada atas bot.  Hidup atas air sepenuhnya. Sekali-sekala ke darat.  Mereka tiada agama. Sampai mereka bertanya tentang tuhan. Kami tidak tahu tentang tuhan. Mereka dengan rela hati ingin memeluk Islam. Sayu dengar mereka mengucap syahadah.



Syukur tadi selesai bawa kayu dan mula bina sekolah. Kami cadang bina 3 sekolah. Tadi dah dapat 6 guru untuk mengajar asas 3M dan Asas Islam. Akhlak dan kasih sayang. Tadi dah letak kayu. Sebulan akan siap semuanya. Saya akan bayar gaji guru. Dan akan cuba bantu mereka secara berterusan. Cikgu akan tinggal disana.


Menangis jer hari ini. Terima kaseh  Maritim menyediakan dan bantu kami dari mula sampai habis. Terima kasih PDRM. Terima kasih Komando 69 dan PGA dan ATM. Terima kaseh Pengurusan  Taman-taman Sabah yang memudahkan kami bina sekolah. Terima kasih NGO yang terlalu banyak membantu mereka. Ini sedikit usaha kecil kami. Semoga menjadi asbab kebaikan-ebitlew


Berkaitan: Penduduk Pulau Tatagan Sekampung Mengucap Syahadah

Post a Comment

0 Comments