MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Warung Baba Junior, Kinarut

 


Warung Baba Junior yang terletak di Kinarut, Papar berhampiran tepi jalan utama Kota Kinabalu - Papar jalan baru menyediakan pelbagai menu sarapan pagi, tengahari dan petang yang perlu dicuba.



Bagi mereka yang tinggal berhampiran kawasan Kinarut dan mereka yang kebetulan lalu untuk singgah makan sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.



Selain makananya yang sedap, suasana pemandangan dan suhu dipagi hari yang selesa kerana di depan warung ini ada kolam ikan air tawar mempengaruhi suhu sekitar warung, antara ikan yang dipelihara di kolam ini adalah Talapia Merah dan Jalak.




Lokasi Warung Baba Junior juga ada tersedia di dalam Google Maps bagi memudahkan pengesanan lokasi.



Sumber/Kredit: Admin, Google Maps Facebook Warung Baba Junior



Post a Comment

0 Comments