MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Rukun Qauli

 


RUKUN QAULI? Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita. Berbisik, TAK SAH.


suara angin, TAK SAH. baca dalam hati, lagi TAK SAH. Satu huruf tidak terdengar pun al-fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.


Rukun qauli tu apa?


Takbiratul ihram, Al-Fatihah, tahiyyat akhir, selawat dan salam pertama.

Ada 5 sahaja. yang lain rukun fi'li. Niat rukun qalbi.


Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori :


1. Qalbi (diingat dalam hati)

2. Qauli (diucap dengan lidah)

3. Fi'li (perbuatan)


Rukun solat ada 13 perkara iaitu :


1. Berdiri bagi yang mampu. (Fi'li)


2. Niat. (Qalbi)


3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). (Qauli)


4. Membaca surah Al-Fatihah. (Qauli)


5. Rukuk dengan tama'ninah . (Fi'li)


6. Iktidal dengan tama'ninah. (Fi'li)


7. Sujud dengan tama'ninah. (Fi'li)


8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. (Fi'li)


9. Duduk Tasyahhud akhir. (Fi'li)


10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. (Qauli)


11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. (Qauli)


12. Mengucapkan salam yang pertama. (Qauli)


13. Tertib. (Qalbi)


Kredit/Sumber : Haishah Aredeq

Post a Comment

0 Comments