MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penjelasan Terkini Isu Tular Penandaan Produk Tidak Halal



Penjelasan Terkini Isu Tular Penandaan Produk Tidak Halal


Tular minggu ini berkenaan penandaan tidak halal pada produk kuaci dan kacang yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah menimbulkan keresahan dan salah faham dalam kalangan pengguna.


Untuk makluman, ianya merupakan tular berulang dan pernah dijelaskan oleh pihak JAKIM sejak tahun 2016. Perlu diketahui bahawa pihak pasaraya juga telah memberi penjelasan berkenaan insiden tersebut kepada pihak JAKIM melalui suratnya yang bertarikh 08 Januari 2016:-


Bahagian Hab Halal, JAKIM


Antara lain isi kandungan surat tersebut ialah berkenaan permohonan maaf dari pihak pasaraya atas kesilapan pelabelan pada produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia.


Berdasarkan semakan pihak kami jua, produk kacang keluaran Syarikat Ngan Yin Food Industries Sdn Bhd dan Pagoda Foods (Malaysia) Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.


Manakala produk kuaci keluaran Chacheer (Malaysia) Sdn Bhd mempunyai pengesahan halal dari Shandong Halal Certification Service (SHC) dan merupakan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di negara China. Penjelasan berkaitan isu ini turut dijawab oleh pihak syarikat di:-


Facebook Rasmi Chacheer Malaysia


Justeru, pengguna dinasihatkan agar berhati-hati dan merujuk terlebih dahulu pihak yang berautoriti JAKIM dan JAIN dalam memperoleh penjelasan berkenaan status dan isu-isu halal yang tular di luar sana.


Untuk mengetahui status halal produk atau premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar SmartHalal


Sebarang kemusykilan berkenaan isu-isu halal yang tular boleh ikuti penjelasan lanjut di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:-


http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular


Harap maklum dan terima kasih.


Seksyen Komunikasi Korporat,

Bahagian Hab Halal,

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

 ðŸ“§ pr_halal.islam@1govuc.gov.my

 ☎ 03-8892 5000/1

10 Disember 2020M

24 Rabiulakhir 1442H



Post a Comment

0 Comments