MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kebenaran Solat Fardhu & Solat Jumaat Di MBRKK


Assalamualaikum w.b.t.


Kepada semua jemaah MBRKK yg dikasihi selaras dengan keputusan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yg membenarkan solat di semua zon di negeri Sabah mengikut kapisiti 1/3 keluasan masjid dan dijangka MBRKK boleh memuatkan 3 ribu hingga 4 ribu jemaah.


Pengurusan MBRKK mohon agar semua jemaah dapat mematuhi SOP yg tlh ditetapkan oleh MKN dan KKM seperti:-

1. Memakai pelitup muka

2. Membuat pendaftaran masuk di aplikasi MySejahtera atau buku yg disediakn

3. Mencatat suhu

4. Penjarakan sosial di dalam masjid


Bagi pihak pengurusan MBRKK merayu agar semua jemaah yg dikasihi utk mematuhi peraturan ini memandangkan pengurusan tlh mendapat teguran daripada KKM dan MKN. Dan sebagai makluman MBRKK sntiasa dipantau oleh pihak MKN dan pihak polis jg tlh meletakkan buku laporan dihadapan lobi kaunter masjid dengan melakukan pemantauan setiap 1 jam pada setiap hari.


Oleh itu, diminta semua jemaah memberi kerjasama utk mematuhi arahan ini. 


Selain itu, jemaah yg membawa sejadah sendiri di minta utk membawa balik semula sejadah anda dan tdk dibenarkan meletakkan sejadah didalam masjid. Didapati ramai jemaah yg meninggalkan sejadah di tempat-tempat yg tdk sepatutnya.


Pihak pekerja MBRKK tlh mengumpulkan semua sejadah dan diletakkan di suatu tempat dan bagi yg kehilangan boleh membuat tuntutan semula dengan kakitangan pembersihan masjid.


*Sekian dan terima kasih@HAZMI*


Cc. DHAJ


Sumber: WhatApps Orang Ramai


Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBRKK)

Post a Comment

0 Comments