MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pengangkutan Awam Dibenarkan Beroperasi Semasa PKPB Di Negeri Sabah




 
Pelanjutan PKPB di seluruh Negeri Sabah selama 14 hari lagi bermula 7 Disember 2020 sehingga 20 Disember 2020. Kerajaan Negeri Sabah telah memutuskan beberapa perkara di antaranya memberi kelonggaran terhadap aktiviti ekonomi, pelancongan domestik, industri, hiburan dan pengangkutan awam namun diruangan ini hanya dikongsikan berhubung operasi pengangkutan awam di Negeri Sabah.


Pengangkutan Awam 

Perkhidmatan bas ekspres, bas pesiaran, bas berhenti-henti, keretapi, perkhidmatan feri awam dan bot penumpang yang melibatkan rentas negeri dan rentas daerah adalah DIBENARKAN beroperasi dengan kapasiti 50% serta pematuhan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.


Perkhidmatan teksi dan e-hailing adalah DIBENARKAN beroperasi dengan maksimum dua (2) orang penumpang dengan pematuhan penjarakan fizikaldi dalam kenderaan tersebut serta pemakaian pelitup muka.



Bermula 7 Disember, rentas daerah dan rentas negeri di seluruh negara dibenarkan kecuali kawasan dikenakan PKPD
 


Sumber: Kenyataan Media YAB Ketua Menteri Sabah bertarikh 5 Disember 2020

Post a Comment

0 Comments