MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kegunaan Pokok Kelapa



Pokok kelapa atau dikenali sebagai pokok nyiur sejenis tumbuhan yang mudah tumbuh dan tahan panas. Tumbuhan ini juga banyak terdapat di kampung-kampung dan luar bandar serta pesisir pantai.


Tidak memerlukan ruang yang luas dan penjagaan yang rapi serta mudah di tanam berhampiran rumah antara faktor masyarakat kampung/ luar bandar menjadikan pokok kelapa sumber makanan/minuman sampingan boleh diambil pada bila-bila masa sahaja. 




Pokok kelapa juga mempunyai pelbagai jenis seperti pokok kelapa mawar, kelapa pandan dan sebagainya.

 

Berikut dikongsikan beberapa kegunaan pokok kelapa dalam kehidupan harian

 

Buah Kelapa Muda

Selain menghilangkan dahaga dan rasanya yang manis serta menyejukkan badan. Air kelapa muda baik untuk kesihatan rasanya manis dan menyegarkan apabila diminum. Kandungan lemak air yang rendah, membantu memulihkan kelembapan kulit, anti-penuaan dan baik untuk penghadaman serta mempunyai elektrolit yang mengimbangi tubuh badan.

Bagi mereka yang ingin tambah pendapatan, air kelapa boleh dijadikan sumber pendapatan harian dengan menjualnya di hadapan rumah, tepi jalan, pasar-pasar harian dan air kelapa sangat digemari oleh kebanyakan orang dan boleh memperolehi pendapatan ratusan ringgit seharian menjual air kelapa.

 

Buah Kelapa Tua

Buah kelapa tua menghasilkan air bergas dan boleh diminum terus, rasa yang manis dan bergas kombinasi yang sedap sekiranya ditambah ais batu. Buah kelapa tua dijadikan santan digunakan untuk memasak dan membuat kuih muih juga boleh diproses untuk dijadikan minyak, sabun dan marjerin.

 

Batang Pokok Kelapa

Batang pokok kelapa mempunyai struktur yang mampat dan keras sesuai untuk dijadikan jambatan/titi bagi menyeberangi sungai dan parit. Batang pokok kelapa yang panjang memberikan pilihan untuk memilih kualiti bahagian yang baik dan menentukan panjang titi yang hendak dibuat.

 

Sabut Kelapa

Sabut kelapa/kulit buah kelapa didapati dari buah kelapa tua boleh dijadikan berus dan bahan api. Kini terdapat berus diperbuat dari sabut kelapa dan dijual di kedai-kedai runcit. Bagi masyarakat kampung sabut kelapa dijadikan bahan api untuk membakar ikan dan penggunaan sabut kelapa sangat mudah bagi menghasilkan bara api.

 

Tempurung Kelapa

Tempurung kelapa boleh dijadikan hasil kraftangan yang unik seperti cenderamata, rantai kunci dan barang hiasan. Tempurung kelapa juga boleh digunakan untuk membakar ikan.

 

Daun Pokok Kelapa        

Selain digunakan sebagai sarung ketupat, lidi dari daun kelapa juga dijadikan penyapu bagi menyapu di kawasan halaman rumah dan luar rumah.

 

Tidak hairanlah kenapa pokok kelapa banyak ditanam di kawasan kampung kerana kegunaannya pada masyarakat kampung pelbagai guna. Bagi mereka yang ingin membuat perniagaan mungkin boleh mencuba hasil yang boleh diekonomikan menggunakan pokok kelapa bagi menambah pendapatan harian. 

 

Kredit: Admin 

 

 

Post a Comment

1 Comments