MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kriteria Kategori 1 & 2 i-Sinar



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kriteria dan butiran i-Sinar seperti di bawah.


Kategori 1

Ahli bekerja sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah, diberi notis cuti tanpa gaji.


Kriteria Kategori 1

Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan 

ATAU

Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.


Bagi Kategori 1

Tiada dokumen sokongan diperlukan

Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP

Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.


Pembayaran bagi ahli yang layak akan bermula pada pertengahan Januari 2021.


Kategori 2

Ahli masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun atau pemotongan kerja lebih masa (Over Time) selepas Mac 2020.


Dokumen sokongan yang diperlukan:-

Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan

DAN

Notis pemberhentian dan pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa

Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan


Bagi Kategori 2 permohonan boleh dibuat secara atas talian di isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.




Talian Hotline Khas i-Sinar : 

0389224848

Isnin-Jumaat 

8 Pagi - 8 Malam
(Kecuali cuti umum Negeri Selangor & Persekutuan)


Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang kwsp.gov.my


Sumber: KWSP



Post a Comment

2 Comments

  1. saya seorang yang berkerja.
    kerja security di sebuah syarikat
    1)dulu ot saya full 108jam dan sekarang menjadi 40jam apa kah saya layak...
    2)pay slip saya ada cuma tiada
    surat dari syarikat

    ReplyDelete
  2. Kategori 2 (Masih Bekerja)
    1) Layak
    2) Sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

    atau (bermakna salah satu)

    ReplyDelete