MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Tindakan Yang Perlu Dibuat Bila Keluarga Atau Kawan Positif Covid-19

 


APA NAK BUAT BILA KELUARGA ATAU KAWAN ANDA POSITIF COVID?👇


'Kenapa pesakit Covid19 balik rumah dulu atau berada dirumah? Kenapa tak terus ke hospital?'



Abglong nak terangkan..


✅Pertama :


Bila ada pesakit yang disahkan positif, pihak klinik akan maklumkan kepada pegawai pejabat kesihatan daerah(PKD) yang terdekat, sementara PKD nak ambil pesakit covid19 tu pastinya pesakit tu memang telah berada di rumah.


Kalau pun mereka tak berada di rumah, kita akan minta mereka balik sebab pihak PKD akan mengambil pesakit di rumah mereka. Dan pesakit juga mestilah nak ambil barang-barang keperluan dan sebagainya.


Apa masalah kalau mereka pulang? Tiada masalah langsung, janji kena tahu langkah dan prosedur yang sepatutnya.


Doktor akan nasihatkan pesakit supaya terus mengasingkan diri, sentiasa pakai mask dan terus kekal tenang sehingga pegawai pejabat kesihatan daerah menghubungi pesakit untuk mengambil dan menghantar ke hospital terdekat.


✅Point kedua.


Kena tenang, kalau keluarga panik dan buang pesakit covid-19 takkan selesaikan masalah pun, cukup dengan asingkan dalam bilik atau satu kawasan terasing.


✅Point ketiga, apa orang sekeliling kena buat?


1. Pakai mask! jangan sentuh hidung dan mulut kerana di situlah virus masuk.

2. Cuci dan sanitize tangan dan badan setiap kali menyentuh apa-apa yg pesakit sentuh.

3. Apabila PKD sudah ambil pesakit, sanitize bilik atau kawasan yang pesakit duduk tadi.

4. Cabut dan basuh baju yang anda pakai.

5. Bila dah sanitize dan bersihkan badan anda, persekitaran anda akan bebas dan selamat daripada virus covid19.



Jadi abglong ulang balik peranan kita orang sekeliling ni :


Bila ada kawan/keluarga kita positif fahami dia bukan halau. Jangan pentingkan diri sendiri, letak situasi dia ditempat kita.


Ambil langkah yang betul di point ketiga tadi. pasukanabglong sendiri dah jumpa ramai pesakit covid19 dan kami tak layan mereka seperti penjenayah.


kitaakankembalimenang

kitajagakita

covid_19


Kredit : @nafidzrazak @kumpulan_megaklinik_zahran


Post a Comment

0 Comments