MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Seindah Hiasan Dunia Adalah Wanita

 



Seperti apakah wanita solehah itu?


Wanita solehah itu  yang tak pernah putus ingatannya dengan RabbNYA.


Wanita solehah itu aurat dijaga,

Pergaulan dipagari.


Sifat malu pengikat diri.


Seindah hiasan di dunia ini.


Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya.


Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya.


Daya penarik wanita solehah itu , Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin.


Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu.


Dan keindahan wanita solehah tidak sama sekali, terletak pada pakaianya atau perhiasannya.


Tapi keindahan wanita solehah pada akhlak dan perjuangan cinta kepada PenciptaNYA.


Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang berseri,

Akal mengatakan wanita cantik bijak pandai dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,

Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya, Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilainya.


Duhai Wahai wanita solehah, jangan dibanggakan dengan kecantikan raga, kerana satu hari nanti itu akan lapuk di telan zaman, Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan batiniahmu, Agar diri ini bersih dan senantiasa mendapat Rahmat ilahi.


Duhai Wahai wanita solehah jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai, kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu.


Duhai Wahai wanita solehah jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu, kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu.


Duhai Wahai wanita solehah jangan risau akan jodohmu, Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya karena kecantikan dan paras rupa yang indah.


Bersyukurlah diatas apa yang engkau miliki. Teruskanlah berjuang dalam ketaatan.


Duhai Wanita solehah ingatlah  kecantikan mu adalah perhiasan akhlak mu.


Maka kecantikan mu itu belumlah sempurna dan ketahuilah kecantikan mu itu tidaklah cantik tanpa kelembutan jiwa dan tingkah laku yang tidak menarik mata yang memandang.


Rasulullah SAW juga pernah mengingatkan kita, bahawa paras rupa juga bukanlah suatu nilaian yang hakiki. Fizikal bukanlah fokus pandangan Ilahi tetapi ianya terletak di dasar hati seorang hamba.


Daripada  Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr RA katanya:


“Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu.”

(Hadis Riwayat Muslim)


Duhai wanita solehah fikirkanlah.

Jangan cemburu apabila diri mu tidak cantik. Duhai wanita solehah ingatlah kecantikmu bukan terletak pada rupa indah mu. Tetapi cantik hakiki ada di dalam hati.


Lelaki yang baik akan menilai hatimu yang cantik bukan dari rupa paras mu.


“Pandangan mata selalu menipu".

"Pandangan akal selalu tersalah".

"Pandangan nafsu selalu meluluh".

"Pandangan hati itu yang hakiki".


Sesungguhnya hati yang bersih akan mencerminkan keindahan peribadi, dengan cerminan itulah dirimu lebih cantik daripada wanita yang hanya cantik dipandang semata-mata namun ‘kurang cantik’ dalam menghiasi diri dengan kemuliaan akhlak.


Senyumlah, dan jadilah wanita yang cantik pada pandangan Allah.


Semoga bermanfaat


Kridet: Jentikhati

Post a Comment

0 Comments