MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

PKPB Daerah Seremban

 


Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 3 Nov 2020


PKPB Daerah Seremban 


•Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Daerah Seremban berkuatkuasa 5 November 2020 sehingga 18 November 2020.


•Pelaksanaan PKPB ini akan meliputi 9 mukim seperti berikut:

• Ampangan 

• Seremban 

• Bandar Seremban

• Labu 

• Rantau 

• Rasah 

• Setul 

• Pantai 

• Lenggeng


•Antara SOP seperti berikut;


• Pergerakan keluar masuk/merentas daerah tidak dibenarkan kecuali bagi kes-kes kecemasan dan perlu mendapat kebenaran daripada PDRM.


• Bagi pekerja yang perlu merentas daerah, perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.


• Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan. 


• Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.


• Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz adalah ditutup.


• Aktiviti keagamaan di masjid dan surau seperti laungan Azan, solat lima waktu dan solat Jumaat akan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.


• Semua aktiviti sosial dan budaya tidak dibenarkan.


• Pusat-pusat hiburan dan kelab malam tidak dibenarkan. 


• Semua kegiatan ekonomi dibenarkan beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan. 


• Restoran/kedai makan secara dine-in dihadkan 2-4 orang satu meja dengan SOP premis makanan yang telah ditetapkan. 


• Pembelian makanan digalakkan secara take away/delivery/drive thru.


• Pasar Harian dibuka jam 6.00 pagi – 2.00 petang, Pasar Borong 4.00 pagi – 2.00 petang, Pasar Tani 6.00 pagi – 12.00 tengah hari.


• Operasi Pasar Malam bermula 4.00 petang sehingga 10.00 malam dengan pematuhan SOP yang ketat dan dengan pengawasan anggota RELA. 


• Operasi Stesen Minyak bermula daripada 6.00 pagi hingga 10.00 malam (kecuali di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam)


• Pengangkutan awam seperti bas henti-henti, bas ekspres, LRT, teksi/ e-hailing (maksimum 2 penumpang) dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.


• Kenderaan pekerja boleh bawa penumpang seperti ditetapkan sebelum ini.


• Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan dibenarkan beroperasi.


• Waktu operasi klinik, hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan 24 jam manakala Farmasi dan kedai ubat-ubatan mulai 8.00 pagi  sehingga 11.00 malam.


•Walaubagaimanapun PKPD di Lot 1/7A, 1/7B dan 7/F Putra Point Nilai kekal seperti mana telah diumumkan sebelum ini.



Sumber: MINDEF Telegram



Post a Comment

0 Comments