MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Masjid Agung Aljazair Afrika

 


Djamaa el Djazair juga dikenali sebagai Masjid Agung Aljazair atau Masjid Agung Aljir yang ketiga terbesar di dunia dan yang terbesar di Afrika, dibuka secara rasmi 28 Oktober 2020. Masjid ini seluas 27.75 hektar dengan pembinaan bermula tahun 2012 dan siap April 2019.

 

Masjid ini mampu menampung seramai 120,000 jemaah dalam sesuatu masa. Bahagian dalam masjid berkonsepkan gaya Andalusia, dihiasi dengan kayu, marmar dan alabaster. Ia memaparkan teks Al-Quran sepanjang enam kilometer dalam kaligrafi Arab, bersama dengan sejadah berwarna pirus.

 

Menampilkan seni bina geometri, bangunan ini juga mempunyai menara tertinggi di dunia - 267 meter dan dilengkapi dengan lif serta platform melihat yang menghadap ke ibu kota dan Teluk Algiers.

 

Selain menjadi tempat ibadah, masjid ini diharapkan dapat menjadi pusat penting bagi teologi, budaya dan penyelidikan. Kompleks masjid mempunyai perpustakaan yang dapat memuat berjuta-juta buku.

 

China State Construction Engineering (CSCEC) adalah syarikat yang dipertanggungjawab untuk membina masjid ini.

 

Presiden Abdelmadjid Tebboune adalah presiden Afrika yang memerintah ketika masjid ini siap dan dijangka di rasmikan oleh beliau.

 

Kridet: faktaislam.id  & Wikipedia

Post a Comment

0 Comments