MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

PKPB Di Selangor, KL, Putrajaya, Sabah & Labuan Work From Home

 


Pelaksanaan PKPB di Selangor, KL, Putrajaya dan Sabah.


Kerajaan buat keputusan, pekerja di sektor awam dan swasta di peringkat pengurusan dan pentadbiran  tidak perlu datang ke pejabat dan boleh kerja di rumah.

Maklumat jenis pekerjaan yang perlu kerja di rumah akan dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, MITI. 

Pelaksanaan akan bermula 22 Oktober.

 

𝗪𝗼𝗿𝗸 𝗙𝗿𝗼𝗺 𝗛𝗼𝗺𝗲 :


• Sidang Khas MKN yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri hari ini mendengar pembentangan KKM berkenaan situasi semasa COVID-19 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah.


• Melihat kepada trend peningkatan kes positif COVID-19 di negeri dan wilayah-wilayah ini, terdapat keperluan bagi memperketatkan kawalan aktiviti pergerakan keluar masuk melibatkan kawasan ini.


• KKM juga sebelum ini telah mengumumkan terdapat 9 kluster dari tempat kerja di negeri Selangor sehingga hari ini. Justeru, atas nasihat KKM, sidang Khas MKN hari ini bersetuju agar pekerja- pekerja bagi sektor awam dan pekerja swasta diperingkat pengurusan dan pentadbiran tidak perlu untuk hadir ke pejabat dan hanya bekerja dari rumah (Work From Home).


• MITI juga memaklumkan bahawa hampir 800,000 pekerja sektor industri dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah akan terlibat dengan arahan ini.


• Arahan ini juga akan melibatkan seramai hampir 200,000 penjawat awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah


• Walaubagaimanapun, terdapat pengecualian bagi proses kerja yang memerlukan keberadaan di pejabat seperti bahagian yang terlibat dalam urusan kewangan yang membuat bayaran, pengurusan, penguatkuasaan dan kebajikan.


• Pihak majikan diarah untuk mengeluarkan surat pelepasan perjalanan bagi setiap kakitangan yang terpaksa bekerja di pejabat sepanjang tempoh ini.


• MITI akan mengeluarkan kenyataan media berkenaan arahan ini dalam masa terdekat.


• Pekerja yang tinggal di kawasan zon merah perlu melakukan swab test dan jika pihak majikan mencarum dengan PERKESO, kos akan ditanggung.


• Pelaksanaan arahan ini akan berkuatkuasa bermula 22 Oktober 2020 sehingga pelaksanaan PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah tamat.


-- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob


Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Berkait: MITI Benarkan Maksimum 10 Pekerja Berkerja Semasa PKPB


Post a Comment

0 Comments