MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Mari Berselawat & Bermunajat - JAWI

 


Program Wilayah Persekutuan Berselawat dan Bermunajat


JAWI akan menganjurkan program Wilayah Persekutuan Berselawat dan Bermunajat pada 28 Oktober 2020 (Rabu) selepas solat Maghrib secara serentak di masjid, surau Jumaat dan surau serta kediaman masing-masing di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.


Di antara pengisian lain termasuklah solat Hajat dan Doa Selamat yang turut disiarkan secara langsung melalui facebook rasmi JAWI, Masjid Wilayah Persekutuan dan masjid-masjid yang lain sekitar Wilayah Persekutuan.


Inisiatif tersebut dilaksanakan bagi menyeru seluruh umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan untuk bermunajat dan berdoa kepada Allah SWT agar penularan wabak Covid-19 segera dibendung serta negara Malaysia sentiasa mendapat perlindungan dan kesejahteraan daripada Allah SWT di samping menzahirkan kecintaan kepada baginda Nabi Muhammad SAW melalui galakan berselawat sempena Maulidur Rasul SAW 1442H.


Sumber: JAWI


Post a Comment

0 Comments