MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kapal Platform Dayang Topaz Mengalami Kecemasan Di Miri

 



Ya Allah... Lindungi lah mereka semua ๐Ÿคฒ๐Ÿฅบ


๐—ž๐—”๐—ฃ๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—™๐—ข๐—ฅ๐—  ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—Ÿ๐—”๐— ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—–๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก MIRI


๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—ฌ๐—”, ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—ขktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan pada lebih kurang jam 6.45 pagi tadi, Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC Putrajaya) telah menerima aduan dari kapal Sapura Construction melaporkan kapal telah menerima isyarat kecemasan dari  kapal Dayang Topaz di posisi 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri.



Kapal Sapura Construction telah bergerak ke lokasi untuk mengesan lokasi sebenar kapal Dayang Topaz yang dilaporkan kapal terbabit mulai karam dengan 62 kru masih berada di atas kapal, manakala 125 kru lagi telah terjun ke laut.


Aset-aset bantuan telah segera bergerak  ke lokasi yang merangkumi tiga kapal dan sebuah bot Maritim Malaysia di Miri bersama tujuh kapal dan bot milik syarikat Petronas dan Shell. 



Pada kira-kira jam 8.45 pagi tadi seramai 121 kru berjaya diselamatkan, seorang meninggal dunia dan empat lagi masih belum ditemui.


Semua kru yang telah dijumpai telah diselamatkan oleh aset-aset bantuan dan kapal-kapal yang telah tiba di lokasi kejadian. 



Pihak MRCC Putrajaya kini sedang giat melaksanakan koordinasi lanjut bagi mencari dan menyelamat empat kru dalam  Operasi Carilamat kru Kapal Dayang Topaz yang masih hilang . Punca kejadian masih siasatan.



LAKSAMANA MARITIM DATO’ MOHD ZUBIL BIN MAT SOM


KETUA PENGARAH

AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA

 

27 Oktober 2020


Kridet: Video Yasir Mansor Twitter

Post a Comment

0 Comments