MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kebenaran Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh Perintah kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) - JAWI

 


Berikutan lanjutan Perintah kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkuasa 27 Oktober 2020 hingga 9 November 2020. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memberi Kebenaran Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh Perintah kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

 

Tetapi kebenaran hanya diberi kepada pasangan yang telah mendapat Kebenaran Berkahwin daripada JAWI dan telah membuat temujanji terlebih dahulu.

 

Kebenaran menjalankan Majlis Akad Nikah ini hanya terpakai bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Zon Hijau dan Kuning sahaja serta dijalankan di Pejabat Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI dan Pejabat JAWI Putrajaya sahaja.

 

GarisPanduan Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB)


Sumber: JAWI & malaysiagazette

Kridet Gambar: princessislam


Post a Comment

0 Comments