MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Jom Muasabah Diri



Ada orang, sepanjang hari dia cuba mengingati Allah, cuba tidak melanggar perintahNya dan melaksanakan suruhanNya, dan cuba untuk menjadi terbaik di mataNya.


Ada orang, sepanjang hari dia kerja/belajar je, bila habis, dia tidur semula untuk sambung keesokan harinya. Ulang2 buat benda yg sama.


Ada orang, dia tak buat apa2 pun sepanjang hari, just duduk tengok tv, main game atau lepak2 ngn member.

Ada orang, hari dah siang baru celik melihat alam.


Ada orang sebelum tidur, dia bermuhasabah. Tangisi dosanya dan ketelanjuran diri, juga berharap Allah meredhai harinya.

Ada orang sebelum tidur, dia mesej atau call pakwe/makwe sampai ketengah malam. Bahkan sampai kepagi. Tersengih sorang2, kemudian tidur tersenyum bahagia sedang dia sebenarnya dalam kemurkaan Tuhan.


Ada orang, dia terus tidur dan tidak memikirkan apa2. Hanya menunggu keesokan hari pula untuk dilalui.


Begitulah rutin harian setiap orang. Masing2 memainkan watak masing2 tanpa disuruh siapa2. Mereka mewatakkan diri mereka secara rela. Andai wataknya tidak solat, maka dia tidak solat. Begitu lah seterusnya..


Bila ajal menjemput secara mengejut... Ada orang mati ketika dia sedang sembahyang. Ada orang yg akan mati ketika dia khusyuk main game. Ada orang yg akan mati ketika sedang sibuk dan leka dengan perkara duniawi. Dan ada orang yg mati ketika dia sedang hanyut membuat maksiat.


Lalu, apakah kesudahan episod cerita kita? Sad endingkah, atau happy ending?


Ternyata, semuanya sudah tercermin ketika kita masih hidup. Dengan apakah hayat kita digunakan.


Allah telah agihkan masa dan umur manusia itu dengan adil berdasarkan ilmu disisiNya. Semua manusia ada kesempatan dan peluang untuk menggapai syurga. Cuma ramai yg menyia2kannya selama ini. Tup2 bila mati, menyesal tidak henti.

 

Ingat, bila Allah dah panggil balik, masa tu, tak ada lagi harapan untuk berpatah balik.. Ur time is up! Kita dah habiskan semua waktu yg Allah peruntukkan untuk kita ke syurga.


Dari itu tuan2, MANFAATKAN LAH MASA YANG MASIH ADA.. JANGAN KITA LUPA, DUNIA INI HANYA TEMPAT PERSINGGAHAN..


Moga kita sempat bertaubat sebelum terlambat.. Aamiin đŸ¤²



jommuhasabahdiri

Post a Comment

0 Comments