MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Biodata Khabib Nurmagomedov



 

Biodata

Nama Penuh: Khabib Abdulmanapovich Nurmagomedov

Nama Panggilan: Khabib Nurmagomedov

Nama Gelaran: Khabib

Tarikh Lahir: 20 September 1988

Tempat Lahir: Dagestan, Rusia

Adik Beradik: Anak Ke-2 dari 3 adik beradik iaitu Magomed Nurmagomedov & Amina.

Pendidikan: Plekhanov Russian University of Economics

Penguasaan Bahasa: Avar , Rusia , Inggeris , Turki , dan Arab



Khabib Nurmagomedov adalah seniman bela diri campuran profesional Rusia beragama Islam dan keturunan etnis Avar. Nurmagomedov adalah Juara Dunia Combat Sambo dan dua kali Juara UFC kelas ringan. 

 

Memegang rekod tidak terkalah terpanjang di dalam Mixed Martial Arts (MMA) profesional dengan kemenangan 29 kali dan yang terkini mengalahkan Justin Gaethje di UFC 254 pada 24 Oktober 2020 (malam sabtu) perlawanan berlangsung di Yas Island Abu Dhabi, seterusnya mengumumkan persaraan beliau dari sukan UFC/MMA. 

 

Khabib sering memakai topi papakha, sebahagian dari budaya Dagestani Avar, sebelum bertanding dan selepas bertanding dalam sesuatu perlawanan seni bela diri/UFC semenjak menceburi bidang sukan ini.




Khabib Nurmagomedov berasal dari wilayah Dagestan Rusia, dan merupakan orang Rusia pertama dan Muslim pertama yang memenangi gelaran UFC. Pertarungan terbesarnya dengan Conor McGregor di UFC 229 pada 6 Oktober 2018 menarik 2.4 juta Bayar-Per-Tayang, yang paling tertinggi dalam acara MMA. Pada 2 Januari 2019, beliau berada di peringkat ke- 3 UFC pound-for-pound.

 

Perkahwinan

Khabib adalah seorang yang sangat berpegang pada Islam dan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupannya.




Sehinggakan Perkahwinan Khabib itu sendiri diadakan secara bersederhana. Beliau berkahwin pada 13 Jun 2013. Sila klik Perkhawinan Khabib.


Hasil perkahwinan dianugerahkan 2 cahaya mata:- 

1. Seorang perempuan yang lahir pada 1 Jun 2015

2. Seorang lelaki yang lahir pada 30 Disember 2017

 

Perlawanan Seni Bela Diri

Khabib Nurmagomedov telah berlatih bersama SC Bazarganova di Kizilyurt, Dagestan (2012), K-Dojo, Kelab Pertarungan AMA di Fairfield, New Jersey (2012), Tim Pertarungan Mamishev di Saint Petersburg (2012), Tim Spirit Fight di Kolpino, St. Petersburg (2013) dan Tim KHK MMA di Bahrain (2015). Pada tahun 2016, beliau mendirikan timnya sendiri, "Tim Eagles MMA", dengan Ziyavudin Magomedov . Khabib juga adalah penggemar Anzhi Makhachkala dan kelab bola sepak Real Madrid serta tim bola sepak kebangsaan Rusia .  



Jadual di bawah adalah rekod perlawanan Khabib dalam seni bela mempertahankan diri

 



Sumber: Wikipedia, @khabib_nurmagomedov, www.nytimes.com


Post a Comment

0 Comments