MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

7 Tanda Rezeki Diberkati Allah

 


T U J U H  T A N D A  R E Z E K I

D I B E R K A T I  A L L A H.


■ Kita akan sentiasa rasa cukup dengan apa yang kita ada. Dan kadang-kadang tu kita rasa macam lebih dari cukup. Ini adalah salah satu petandanya sebab orang yang dapat rezeki tanpa keberkatan akan rasa sentiasa dalam kekurangan dan tidak puas dengan apa yang dia ada. Contohnya bila dapat duit, duit tu rasa sekejap saja habis. tapi kalau duit tu ada keberkatan, boleh cukup belanja sebulan dan boleh sampai tahap cukup buat simpanan.


■ Bila perilaku atau keadaan dalam keluarga dilihat stabil atau bahagia, ia boleh dikatakan yang rezeki keluarga itu ada keberkatan. Punca permasalahan dalam keluarga kadang-kadang boleh dilihat kembali pada akarnya, iaitu punca mendapatkan nafkah keluarga. Bila bercampur harta halal dan haram seperti rasuah maka wang tersebut sentiasa rasa tak cukup.


■ Apabila kita terasa mudah untuk menjaga solat dan juga melakukan amal ibadah yang lain, maka bolehlah dikatakan yang rezeki yang kita peroleh itu diberkati. Rezeki yang diperolehi boleh melakukan ibadah umrah atau haji. Boleh jadi kenapa sebahagian daripada kita susah sangat nak solat sebab rezeki kita tak diberkati.


■ Lagi satu lagi kesan positif bila rezeki kita diberkati ialah bila orang sekeliling kita suka dekat kita atau senang dengan kehadiran kita. Perkara seperti ini boleh dilihat bila kita bersama rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain. Kehadiran kita memberi manfaat kepada orang lain dan tidak menyusahkan.


■ Seterusnya ialah apabila anak-anak cemerlang dalam pelajarannya. Sebab itu pentingnya mencari rezeki yang halal yang diberkati sebab duit yang kita guna buat beli makanan dan barang-barang untuk anak-anak sebenarnya ada kesannya.


■ Kalau rumah kita orang rajin ziarah, itu maknanya rezeki kita ada keberkatan. Kedatangan tetamu sebenarnya membawa rezeki dan keberkatan di dalam rumah tangga kita.


■ Dan yang terakhir sekali bila doa kita senang termakbul. Sebab Nabi s.a.w pernah bersabda doa yang tak dimakbulkan antara sebabnya adalah kerana makan dari rezeki yang haram. Maka itulah petanda rezeki orang yang mempunyai keberkatan.



Kredit Facebook : Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan


Post a Comment

0 Comments