MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

4 Golongan Diberikan Syurga Seluas Langit & Bumi

 



"4 golongan yang diberikan syurga seluas langit dan bumi"


1. Orang yang banyak bersedekah pada waktu susah dan senang. 


2. Orang yang mampu menahan marahnya.


3. Orang yang memaafkan saudara-saudaranya yang menzaliminya.


4. Orang yang apabila buat dosa, dia ingat pada ALLAH lalu dia minta ampun atas dosanya.


"Jika engkau merasa semangat untuk melakukan ketaatan, maka janganlah engkau menundanya kerana engkau tidak akan tahu apa yang akan terjadi setelah waktu tersebut".


Bersegeralah dalam melakukan kebaikan dan memohon keampunan dari Allah SWT.


(۞ وَسَارِعُوۤا۟ إِلَىٰ مَغۡفِرَةࣲ مِّن رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِینَ)


Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

                       - Qs aal 'Imran: 133 -


Allah SWT berfirman:


سَابِقُوٓا۟ إِلَىٰ مَغْفِرَةٍۢ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِ أُعِدَّتْ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ ٱللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَآءُ ۚ وَٱللَّهُ ذُو ٱلْفَضْلِ ٱلْعَظِيمِ 


Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar. 

                     - Qs Al-Hadid (57:21) -


Sumber: @islamitu_indah

Post a Comment

0 Comments