MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Rukun Negara

 


RUKUN NEGARA DIISYTIHAR. 


Pada 31 Ogos 1970,  DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin telah berkenan mengisytiharkan Rukun Negara pada upacara bersempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan Negara ke-13. Rukun Negara dirangka hasil rundingan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), mengandungi lima prinsip yang menjadi kunci perdamaian antara kaum, bertujuan mencapai kemajuan bangsa. Lima prinsip tersebut ialah:



Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan


Ia diperkenalkan sebagai pengikat dan pembina perasaan semangat cintakan negara di kalangan rakyat.  Berikutan itu juga segala aktiviti dan acara sambutan kemerdekaan Negara pada tahun 1970 ini telah diisi dengan persembahan yang berteraskan Rukun Negara.  Sesungguhnya Rukun Negara merupakan falsafah dan ideologi negara hasil sumbangan pemimpin dan rakyat pelbagai kaum dari pelbagai kepakaran.


Buat pertama kalinya juga Rukun Negara, dilafazkan secara beramai-ramai oleh 8,000 orang daripada pelbagai kaum dengan diketuai oleh Staf Sarjan Nordin Ahmad dalam rapat raksaksa Hari Kebangsaan di Padang Kelab Selangor pada 31 Ogos 1970.


Sumber : Arkib Negara Malaysia


Post a Comment

0 Comments