MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Perbezaan PRU & PRK

 


Info Pilihan Raya Malaysia


Apa beza Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Kecil (PRK)?


Tahukah anda, terdapat dua jenis pilihan raya di negara kita iaitu Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Kecil (PRK). 


Pilihan Raya Umum diadakan apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan atau terbubar dengan sendirinya selepas tamat tempoh 5 tahun. 


Pilihan Raya Kecil pula berlaku untuk mengisi kekosongan luar jangka kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang disebabkan oleh kematian, perletakan jawatan, hilang kelayakan dan pembatalan keputusan pilihan raya oleh Mahkamah Pilihan Raya.


Sumber: Akademi Pilihan Raya

Post a Comment

0 Comments