MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kampung Budaya Terengganu

 



Kampung Budaya Terengganu (KBT) berkonsepkan muzium hidup di Muzium Negeri, Terengganu.


Menghimpunkan pelbagai seni budaya warisan dan tradisi dari seluruh daerah di Terengganu dalam usaha martabat warisan tradisi masyarakat Melayu.



Mengingatkan generasi muda akan pentingnya mengetahui asal usul sejarah peradaban Melayu.


Berlatarbelakangkan suasana kehidupan sebenar masyarakat Melayu zaman silam.



Kampung Budaya Terengga­nu menawarkan tujuh perhen­tian iaitu:-


1. Rumah Nelayan

2. Rumah Bujang Berserambi Selasar

3. Rumah Bujang Berkembar

 4. Ru­mah Limas Belanda

5. Rumah Tele, Istana Tengku Long

6. Laman Singahsana 

7. Laman Warisan


Antara seni budaya warisan dan tradisi yang dipersembahkan seperti:- 


1. Pembuatan jala

2. bubu

3. keropok

4. Seni dan uki­ran khat

5. kayu

6. Anyaman

 7. wau

 8. Gasing

 9. Tembikar

10. Tembaga

11. keris

12. Pameran pakaian tradisional, 

13. Mencanting batik

14. Memasak bubur Asyura

15. Persembahan berzanji


Harga tiket bagi warganegara Malaysia

RM15 - Dewasa

RM10 - Kanak-kanak


Harga tiket bagi warga asing/bukan warganegara

RM30 - Dewasa

RM20 - Kanak-kanak


Warga emas dan orang kurang upaya (OKU) dikenakan bayaran RM10


Waktu Operasi :

Ahad - Khamis   ⟶  9 pagi hingga 6 petang

Jumaat   ⟶  2.30 petang hingga 6.30 petang

Sabtu / Cuti Am   ⟶  9 pagi hingga 6.30 petang


Sumber: Berita Harian

Kridet Gambar: www.sisgee.com


Post a Comment

0 Comments