MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Cara Mengurus Emosi

 


Orang pemarah tidak wujud. 

Yang ada hanyalah orang yang tidak tahu MENGURUS EMOSI.


Pernah kena marah? Dengan bos? Dengan mak ayah? Kena tengking? Apa perasaan kita? Tak suka bukan? Apa perkataan yang biasa kita akan luah? "Tak boleh cakap baik-baik ke?" Itu yang biasa kita akan kata kan?


Rasa kecewa, geram itu fitrah, normal. Tak ada masalah. Yang jadi masalah bila dilepaskan dalam keadaan tidak terkawal. Apa kesan dia? Perkara kecil boleh jadi besar. Boleh putus silaturrahim. Paling memalukan, sikap sebenar kita terserlah. Lebih buruk, gelagat kita dirakam dan disebarkan. Allahu...


Tuan Puan. Mengurus perasaan bermula dari mengurus minda & tubuh kita. Antaranya perkara yang boleh dicadangkan ialah : 


1) Banyak berehat. Pujuk diri untuk berehat, bercuti kerana stress, tekanan adalah punca kegagalan kita mengawal emosi.  


2) Jangan letak jangkaan (expectation) terlalu tinggi dalam banyak perkara. Kerana bila kita terlalu berharap yang segalanya akan seperti yang kita nak namun akhirnya bila tak berlaku, di situ kita akan kecewa. Maka bersederhana, bertenang, chill...


3) Cari tempat meluah yang betul. Kita semua perlu ada seorang pendengar yang baik, yang dipercayai. Luahkanlah. Kadang sesuatu perkara tak perlu diselesaikan segera namun lekas lega bila diluah pada telinga yang betul. 


4) Dapatkan rawatan & nasihat doktor atau pakar. Banyakkan berzikir, duduk dalam circle yang positif, baca al-Quran, solat taubat. 


Ingat, gagal mengurus emosi ini beri kesan besar pada kita kelak. 


1) Kita tidak akan dihormati oleh banyak orang. Dapatlah gelaran, jawatan tinggi mana, tetap tak dapat penghormatan yang selayaknya. Jadi bos, bos yang orang tak suka. Jadi mak ayah, mak ayah yang anak-anak hanya takut pada dia, bukan hormat. 

.

2) Pemarah kita akan dilihat sebagai kebudak-budakan, tak menggambarkan seorang dewasa yang sepatutnya matang, rasional berfikir. 


Sentiasa memohon kepada Allah SWT supaya dilindungi dari sifat ini. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-A’raf, ayat 200)


Allah SWT juga ada berfirman bermaksud: “Dan (ingatlah) Allah berserta orang yang sabar.” (Surah al-Anfal, ayat 66)


Sabda Rasulullah SAW pula bermaksud: “Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergaduh, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)


Wallahua'lam

Kridet: Ustaz Don Daniyal & Ustazah Nony 


Hari ini semua orang seperti mudah sangat hilang sabar. Tak dapat lepas geram dengan tangan, depa lepas dengan caci & makian. Rasa dah penat sangat pakai mulut, last-last ada yang naik tangan. 


Jadi tak mustahil bila viral berita pasai keganasan, buli dikalangan remaja, kanak-kanak dah berani pukul rakan sebaya, mencarut, tengking orang dewasa, sebab depa dah dihidang dengan kelakuan yang depa contohi dari orang dewasa. 


Nak ajaq anak-anak tentang adab, bukan dengan suruh beradab tak ketahuan hala. Kena tunjuk, baru depa faham. Tak logik kita marah budak-budak yang kaki pukul, mulut penuh dengan mencarut dalam masa sama kita pun 2x5. Kita sendiri tak boleh kawal diri, tak boleh bersabaq, tau tau kita nak suruh depa bersabaq. 


Firman Allah didalam Surah Al-Hud ayat yang ke 11 bermaksud; Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.


Dalam ayat lain juga Allah SWT ada berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah terhadap perkara yang kamu memperkatakan sedangkan kamu tidak melakukannya.” (As-Sof: ayat 2-3)


Bawak bersabaq, kawal diri kita semua. Kot geram sangat, marah, lepas kot tempat lain. Bukan di media sosial. Kata-kata kita menggambarkan diri kita sebenaqnya. Akan datang kalau anak-anak kita jumpa komen-komen kita dalam FB, malu kita. Kalau video kita pukui orang viral, jenuh nak tutup muka lagu mana. 


Kalau marah, istighfar. 

Diamkan diri itu baik.

Mendoakan jauh lebih biak. 

Kita kawal emosi

Bukan emosi kawal kita


Wallahualam.  


Kridet: Ustaz Don Daniyal  & Infografik Pinterest


Post a Comment

0 Comments