MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Semakan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi 2021






Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan Penempatan kanak-kanak ke Tahun 1 bagi Sesi Kemasukan 2021 kini dibuka 1 Ogos 2020 kepada semua negeri kecuali Wilayah Persekutuan Putrajaya yang hanya akan dibuka mulai pada 1 Oktober 2020 di pautan public.moe.gov.my

Bagi pengguna SPATKPM yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PENGGUNA BARU Pendaftaran pengguna adalah menggunakan ID Pengenalan ibu bapa/ penjaga.




Bagi ibu bapa/ penjaga yang tidak mempunyai kemudahan internet, pendaftaran ke Tahun Satu secara dalam talian boleh dibuat di sekolah yang hendak dimohon.


Bagi ibu bapa/ penjaga pernah berdaftar tetapi lupa kata laluan sila klik butang LUPA KATA LALUAN

pada ruangan kotak "DAFTAR MASUK" 


Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang berkaitan. Maklumat pegawai JPN dan PPD boleh diperolehi pada menu HUBUNGI KPM





Post a Comment

0 Comments