MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Sejarah Ringkas Lagu Kebangsaan Negaraku


Negaraku, 

Tanah tumpahnya darahku,

Rakyat hidup bersatu dan maju,

Rahmat bahagia,

Tuhan kurniakan,

Raja kita selamat bertakhta.

Rahmat bahagia,

Tuhan kurniakan,

Raja kita selamat bertakhta.


Lirik lagu di atas adalah Lagu Kebangsaan Malaysia "Negaraku" yang dinyanyikan pada setiap permulaan perhimpunan rasmi kerajaan, syarikat, Universiti, Sekolah dan pembukaan program atau aktiviti  di peringkat Malaysia mahupun dunia sekiranya berkaitan.

Sebelum Malaysia merdeka lagu Kebangsaan adalah God Save the Queen iaitu lagu Kebangsaan British

Lagu Negaraku dicipta pada tahun 1957 Tahun Kemerdekaan Malaysia.

Pemilihan lagu ini dibuat oleh Tunku Abdul Rahman yang mengetuai sekumpulan jemaah hakim di Dewan Polis Depoh Kuala Lumpur.

Pasukan Pancaragam Polis DiRaja telah Memperkenalkan empat (4) buah lagu. Lagu Terang Bulan, iaitu lagu Kebangsaan negeri Perak telah dipilih kerana mempunyai unsur kemelayuan.

Majlis Raja-Raja Melayu telah memperkenankan keputusan jemaah hakim tersebut. Lirik lagu kebangsaan ini telah digubah semula oleh Encik Saiful Bahri berdasarkan lagu Terang Bulan.

Penghayatan lirik lagu kebangsaan menggambarkan kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bagi kepada tanah air. Lirik lagu kebangsaan juga menuntut kita supaya bersyukur, taat kepada raja dan sanggup berkorban demi mempertahankan negara.

Lagu Kebangsaan membangkitkan semangat patriotik dan cinta akan tanah air. 


Sumber: Buku Akademik

Post a Comment

0 Comments