MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kenali Menara Tun Mustapha, Sabah



Bangunan Menara Tun Mustapha dikenali juga sebagai Menara Yayasan Sabah adalah salah satu mercu pembangunan  dan tanda negeri Sabah. Nama Menara Tun Mustapha dikenali juga sebagai Menara Yayasan Sabah diambil sempena penghormatan dan jasa Datu Mustapha Datu Harun kepada negeri Sabah. Beliau juga adalah Yang DiPertua Negeri Sabah yang pertama pada 16 September 1963. Memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah pada 1967-1975.



Terletak di Teluk Likas  dengan ketinggian 122 meter , bangunan 30 tingkat  ini  berasaskan “ aluminium & kaca“ merupakan salah satu bangunan unik di Negeri Di Bawah Bayu.



Menara ini dibina pada tahun 1977 oleh  Mori Building Company , Jepun . Konsep Menara Yayasan Sabah ini inspirasi pembinaan Roppongi Hills Mori Tower di Tokyo Jepun yang dibina pada Tahun 2003 oleh Mori Building Company. Dikongsikan gambar di bawah.



Menara Yayasan Sabah ini direka struktur dengan poligon 72 sisi, bersama dinding yang diperbuat daripada 2,160 panel kaca reflektif khas yang dapat menahan kelajuan angin hingga 272 km / jam.



Menara ini digantung dari teras pusat bangunan dgn “radial steel brackets”  di mana kira2 96 “high tensile steel rods” digantung dan memegang 30 tingkat bangunan ini. Bangunan ini adalah yang keempat sepertinya di dunia dgn bangunan pejabat "gantung" pencakar langit.



Menara Tun Mustapha dikenali juga sebagai Menara Yayasan Sabah bersebelahan dengan bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) ialah pejabat kompleks bangunan kerajaan. Kompleks ini terdiri daripada sebuah menara pejabat 33 tingkat dan dua bangunan pejabat 9 tingkat dan menempatkan pejabat ketua menteri negeri dan anggota kabinet kerajaan negeri yang lain.



Kridet: Sabah Netizen, Buku Akademik & Penulis sendiri



Post a Comment

0 Comments