MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Luqman Hakim Shamsudin Sertai Kelab KV Kortrijk, Belgium

 



Penyerang muda sensasi Malaysia Luqman Hakim Shamsudin, berasal daripada Kelantan mendapat didikan dan mengembangkan bakatnya sebagai pelatih di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) kini berpeluang untuk menimba ilmu dan kemahiran bola sepak di peringkat antarabangsa apabila ditawarkan beraksi di kelab KV Kortrijk, Belgium.



Sebelum berlepas pagi tadi (13 Ogos 2020) ke Belgium, beliau sempat memberi nasihat berbunyi "Kepada pemain  luar di sana, mereka pun ada sepasang kaki dan saya pun ada sepasang kaki, jadi buat apa saya nak takut.



"Apa yang saya raih sebelum ini semuanya sudah menjadi sejarah dan ini permulaan baharu untuk saya. Saya perlu tingkatkan apa yang saya ada. Jiwa dan mental saya kena kental," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Selalunya saya pergi ke luar negara bersama pasukan tetapi kali ini, saya pergi seorang diri. Saya kena matang walaupun tahu sukar untuk melakukan perkara ini berseorangan.


"Memang sebak untuk tinggalkan Malaysia kerana ini tanah air yang tercinta. Tetapi saya pergi untuk berjuang demi keluarga dan tunaikan janji untuk keluarga dan menaikkan nama Malaysia.


"Ibu bapa pun menyokong saya jadi buat apa saya nak sedih. Kesedihan itu saya simpan di dalam hati sahajalah sebab saya percaya doa ibu bapa takkan putus," katanya.


Hari ini beliau sempat memuat naik gambar posting dengan memakai jersi no. 9.

Untuk rekod pemilik Kelab KV Kortrijk, Tan Sri Vincent Tan ahli perniagaan Malaysia


Sumber: Berita Harian & Fota @AtletMalaysia 

Post a Comment

0 Comments