MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kenali Siamang

 


Sekirannya anda pernah menonton movie Upin Ipin "Keris Siamang Tunggal" pastinya melihat haiwan ini didalam movie tersebut.

Mari kita kenali siapa itu Siamang.


[Kenali spesies]


Siamang atau nama saintifiknya 𝑆𝑦𝑚𝑝ℎ𝑎𝑙𝑎𝑛𝑔𝑢𝑠 𝑠𝑦𝑛𝑑𝑎𝑐𝑡𝑦𝑙𝑢𝑠 dikategorikan oleh 𝘐𝘜𝘊𝘕 𝘙𝘦𝘥 𝘓𝘪𝘴𝘵 𝘰𝘧 𝘛𝘩𝘳𝘦𝘢𝘵𝘦𝘯𝘦𝘥 𝘚𝘱𝘦𝘤𝘪𝘦𝘴 sebagai 𝐸𝑛𝑑𝑎𝑛𝑔𝑒𝑟𝑒𝑑. 

Di Malaysia, spesies ini adalah dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

Siamang merupakan Ungka terbesar di dalam famili Hylobatidae. Lengannya yang panjang digunakan untuk bergayut di dahan-dahan pokok.

Siamang merupakan spesies 𝘢𝘳𝘣𝘰𝘳𝘦𝘢𝘭.Bulunya berwarna hitam, serabut, tebal & panjang. Terdapat karung gular/𝑔𝑢𝑙𝑎𝑟 𝑠𝑎𝑐/𝑡ℎ𝑟𝑜𝑎𝑡 𝑠𝑎𝑐 (ada pada jantan dan betina) yg boleh dikembangkan sehingga hampir sebesar kepalanya serta dapat menghasilkan bunyi yang kuat

Jari kedua dan ketiga pada kakinya disambung oleh selaput (𝑡ℎ𝑖𝑛 𝑤𝑒𝑏𝑏𝑖𝑛𝑔). Saiz siamang jantan lebih besar dari betina.

Peranan bunyi Siamang adalah untuk mempertahankan kawasan keliaran, pertembungan dengan kumpulan keluarga yang lain atau tanda amaran.

Terdapat juga 𝑑𝑢𝑒𝑡 𝑐𝑎𝑙𝑙𝑠 untuk menunjukkan status pasangan dan mempertahankan kawasan keliaran bersama kerana Siamang adalah 𝑚𝑜𝑛𝑜𝑔𝑎𝑚𝑜𝑢𝑠. Siamang boleh ditemui di kawasan hutan tanah pamah/rendah sehingga ke hutan pergunungan.


Sumber: Jabatan PERHILITAN Malaysia

Post a Comment

0 Comments